Saturday, June 18, 2011

Islam?ilmu?Dunia?


assalamualaikum guys...

long time no see...
hurmmm...da lama tak menulis..
malam ni tergerak hati sikit nak menulis selepas terbaca mengenai satu isu yang sedang panas di malaysia..

sedikit kesedihan timbul apabila terdapat golongan yang "tahu" tetapi mereka menafikan kebenaran tersebut..adakah ini yang dikatakan sebagai ulama dunia??"ulama" yang mementingkan duniawi dengan menyembunyikan kebenaran yang secara terang lagi bersuluh sudah termaktub di dalam Al-Quran? not to say that i'm a perfect human being.. tapi masih ada semangat Islam di dalam diri ini yang tidak mahu Islam dipermainkan..aku masih terkejut seorang "Dr" phd dlm bidang keagamaan yang menyatakan "statement tersebut.. beliau mengatakan...wait! should i call "it" beliau??naahhh!!! "it" dont deserve it...hahahha...statement dia dalam perlaksanaan hukum hudud terhadap pencuri sungguh menyakitkan hati..

statement dia...
(ni bukan ayat penuh la..hanya ayat yang lebih kurang je)
hukuman potong tangan ( seperti dalam hukum hudud) tidak patut dijalankan..
sebaliknya golongan pencuri tersebut harus diberi peluang dengan diberi kerja agar mereka tidak melakukan pencurian..jadi, apabila mereka sudah memiliki pekerjaan, maka mereka tidak akan melibatkan diri dalam kerja-kerja yang terkutuk itu lagi...WHAT THE HECK??? katakanlah "hukuman" ini dilaksanakan, semua orang akan mencuri,merompak,menyamun...apabila tertangkap, mereka akan diberikan kerja...alangkah indahnya dunia seperti itu...hahahha...jadi golongan yang baik tidak berpeluang untuk bekerja...semua orang akan mencuri dengan alasan untuk mendapatkan kerja... adakah itu yang dikatakan lebih sesuai???berikan pendapat anda....

next statement...
di malaysia kini semakin lama semakin bertambah kes penceraian..
penceraian adalah satu perkara yang halal namun akan menggegarkan Arash Allah apabila diucapkan dengan niat... tetapi apa yang "Dr" tersebut kata kan??
dia menggalakkan penceraian jika terdapat masalah dalam keluarga sedangkan terdapat banyak penyelesaian dan jalan keluar... ya Allah....betapa singkat dan ceteknya pemikiran dia itu..hurmmm...namun, disebabkan pemikiran yang singkat dan cetek inilah yang menyebabkan umat islam dimalaysia yang sedia tertutup pemikirannya terpengaruh!

next and next statement...
'jika betul-betul tiada peluang pekerjaan , dibolehkan untuk melacur"...WHAT THE HECK???isu ini sudah lama namun apabila ianya dinyatakan oleh "Dr" yang sama, aku ingin membangkitkannya kembali...hurmmmm...nak tulis panjang dah tak larat dah ni..
rasanya rakan-rakan sudah tahu mengenai isu ini..

baru-baru ini, kita gempar sekali lagi dengan berita di akhbar tempatan...karikatur mengenai hukum hudud..tidak perlu diceritakan lagi...

.........................................

tujuan aku menulis post ini bukanlah untuk mengutuk dan mencerca, tetapi hanya untuk meluahkan perasaan...mungkin penulisan aku ini agak mengarut...inilah aku :)

Saturday, June 11, 2011

7 things that you never do after meals...

1. Jangan merokok– kajian yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat barah kanser adalah lebih tinggi… ingat tuh!)



2. Jangan terus makan buah-buahan – Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam

sebelumnya … sedikit info tambahan: you all tau tak kalau kita ‘consume’ mana-mana jus buah-buahan, ia akan lebih membantu dalam menurunkan berat badan berlebihan. Misalnya, pengambilan jus epal cider madu epal atau ‘honey apple cider‘ sebelum makan akan membuatkan anda berasa lebih kenyang dan lambat berasa lapar. Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan menurunkan kadar kolestrol supaya lebih mudah untuk anda lose weight.



3. Jangan minum teh – Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang dimakan menjadi lebih keras, maka ianya akan lebih sukar untuk dihadam. Kalau nak minum pun, jarakkan sikit waktunya selepas makan, yer…



4. Jangan longgarkan tali pinggang anda – Melonggarkan tali pinggang sejurus selepas makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan tersekat … huhu …

5. Jangan mandi – Terus mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah di sekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut anda. Satu lagi, mak bapak kita selalu pesan kalau mandi lepas makan, perut buncit… :-D .. So, baik you all ikut jer nasihat nie..:-)



6. Jangan berjalan-jalan – Ada pepatah Inggeris yang berbunyi “Walk a hundred steps after a meal, then you’ll live till 99″…:-) Hakikatnya, ini tidak benar. Actually, berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan. Seelok-eloknya tunggu lebih kurang setengah jam atau sejam selepas makan, barulah anda boleh pi berjalan-jalan…

7. Jangan terus tidur – Biasanya lepas makan hidangan yang berat seperti nasi, badan kita akan jadi sangat malas dan lemah. Kalau ikutkan hati, best nyer dapat tido terus…huhu.. Tetapi anda kena lawan perasaan malas tue kerana makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna kalau kita terus tido. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan di dalam usus kita. Kita juga mungkin mudah mendapat ‘heart burn’ atau pedih ulu hati…