Saturday, November 27, 2010

amanah... kegembiraan atau krisis???


after a long time...
baru 2 bulan kat sini tapi keadaan da menjadi semakin runcing..
betul ke?

ok..tapi sebelum tu aku nak bercakap mengenai amanah..
amanah.. ape yang korang paham mengenai amanah?
amanah....hurmmmm...ape yang aku tau pasal mende ni..
yg aku pasti, tiada perkara yang paling berat melainkan amanah..
contoh?

sangat senang..
korang pn mesti tau kan..
salah satu yang aku sangat titik berat kan..
iaitu amanah daripada Allah...
aku amik satu contoh amanah daripada Allah..
SOLAT!!!!
bg korang, solat tu mungkin juz sekadar amik wuduk dan mengerjakan beberapa pergerakan dan di akhiri dengan salam..
hanya semudah itu saja kah???

tahukah anda disebalik solat itu, terdapat banyak perkara yang dititikberatkan..
salah satu daripadanya ialah kesucian diri dan tubuh badan..
tidak cukup dengan hanya mandi dan berwuduk..
pertama sekali..anda perlu memastikan diri anda bebas daripada hadas besar..
bagaimana cara nya?
senang sekali..
mandi wajib..tapi anda perlu memastikan air diratakan di seluruh badan ( celah kuku, rambut,telinga, dan semua tempat yang tersembunyi )..apabila air diratakan di seluruh badan, barulah mandi itu dikira sempurna..kita terus kan dengan wuduk..
wuduk perlu diambil secara tertib...tertib nya??cari lah di surah Al-Maidah...ayat keberapa, anda cari la sendiri yeeeee....klu x, bile lagi nak bace tafsir quran..kan2??

selepas wuduk, kebersihan pakaian dan tempat solat...anda perlu memastikan kebersihan nya sebelum memulakan solat..perkara ni mungkin dilihat sebagai perkara yang kecil dan ringan, tetapi berapa ramai manusia yang dimasukkan ke dalam neraka kerana kebersihan terabai (kencing berdiri khususnya bagi kaum lelaki)..
anda perlu mengkaji nya dengan mendalam..nak tau, tanye la nanti ye..hehehe

kalau nak ditulis semua nya, amatlah banyak..penat aku nak tulis..bukan xnak kongsi, tapi kalian berfikir dan menajamkan minda..kite jangan la menjadi orang yang manja..hanya menunggu untuk disuap dan malas mencari..MALAS untuk melakukan kebaikan adalah daripada syaitan yang dilaknat...jika anda malas, maksud nye anda berjaya dihasut oleh syaitan..
---------------------------------------------------

tu baru satu amanah...
banyak lagi amanah yang kita perlu laksanakan..
amanah ibu bapa, keluar,kerabat,sahabat dan ramai lagi...
dan amanah ini lah yang akan disoalkan di Padang Mahsyar nti..
aku mengharap agar "Hisab" aku nti akan dipermudahkan..aku tak mahu untuk didakwa dan mendakwa sesiapa terutama nya kaum kerabat aku sendiri...

seperkara lagi..aku xkesa aku digelar sebagai "GILA KUASA" gila pangkat..
benda ni bukan nya dipinta tapi diberikan kepercayaan..
yang penting, aku akan cuba yang terbaik untuk tunai kan amanah yg telah diberikan secara ehsan dan terbaik sebab aku tak mahu disoal mengenai amanah yang aku pikul ni..

hati manusia mmg susah untuk dipuas kan...sebab itu la wujud nya pepatah melayu "DIBERIKAN BETIS, HENDAKKAN PAHA"..
sudah menjadi fitrah manusia yang xpernah puas dengan apa yang ada..
oleh itu, cubalah untuk menjadi hamba yang bersyukur..
sedang kan Rasulullah yang sedia maksum slalu mengerjakan solat di waktu malam sehingga bengkak dahi dan kaki nya..

jadi, apa salah nya kita cuba untuk menjadi hamba yang bersyukur???
sedang kan untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur itu adalah sangat senang sekali..gerakkan lah iman dan minda anda untuk bersyukur...

Sunday, November 14, 2010

sudah sudah la wahai fauzul adziim razali....

salam...da agak lame blog ni bersawang..he3..biase la..ade mende lain yang lagi penting yang perlu diurus kan..sebelum masuk ke topik utama, eloklah kalau aku mula kan dengan sedikit pengisian rohani..(bajet baik je kan.hahaha)

kite pn tau kan yang geng syaitan,iblis yang dilaknat telah bersumpah kepada Allah bahawa mereka akan menyesatkan "anak2 Adam"..siapa kah "anak2 Adam" yang dimaksud kan?
sudah tentu mereka itu adalah kite..

dan bagaimana pula cara nya???
di dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa syaitan adalah musuh kita yang nyata..
setakat mana kah "kenyataan" itu?
sebagaimana yg kita tahu, syaitan ini tidak mampu memudaratkan manusia kecuali dengan hasutan@bisikannye itu..dibantu pula oleh nafsu dan "manusia"..
hal ini menyebabkan "bisikan" syaitan laknat ini bertambah kuat..
pada peringkat pertama, mereka akan menghasut manusia supaya meninggalkan perkara yang wajib dilakukan..contoh nya seperti solat 5 waktu sehari semalam..mereka membisikkan perasaan malas untuk melakukan solat..
jika hasutan itu gagal, mereka akan membisikkan perasaan malas untuk beramal jariah (sedekah dan sebagai nya)..
jika bisikan itu gagal juga, mereka akan mengkucar kacir kan kita punya pengurusan diri..maksud nye????
haaaa...ni la yang slalu kite lihat..manusia menjadi tidak tahu untuk menguruskan masa dan kepentingan sesuatu perkara itu dengan betul..urusan kerja menjadi tidak teratur...dan banyak lagi kesan2 nya..

biase nye kita tidak menyedari perkara ini..kenapa?
sebab kita lebih melihat perkara yang besar..perkara yang kecil tidak diambil peduli..sebagai umat islam, kita perlu menitikberatkan semua perkara tidak kira kecil atau besau sebab semua itu boleh menjadi asbab untuk berlaku nya perkara yang lebih besau dan tidak disangka kan akan berlaku...contoh??
itu kamu semua perlu fikir sendiri la ea...x larat den nak tulis...

konklusi nya, jelas la bahawa "MALAS" itu adalah musuh kita yang nyata..kerana MALAS itu datang nya daripada syaitan yang dilaknat...renung2 kan la yeee...

-------------------------------------------------------------------

aku da lupa ape yang aku nak tulis sebenar nye..ummmm....
tapi aku ingat la sket2 point yang aku nak sampai kan tu..
aku da malas nak berurusan dengan orang yang tak menghargai aku..
aku dianggap sebagai "talian NUR"...hahhahaha..semua perkara diadu kan kat aku ni..
tapi.......di saat aku da xnak fikir pasal pmpuan, banyak pulak dugaan yang mendatang..hurmmm....memang betul la ape yang tertulis dalam Al-Quran..setiap manusia yang berjihad tidak akan terlepas dari diuji..dan ujian itu plak dalam pelbagai cara dan cabang..

ntah la...malas la aku nak pk...wat sakit jiwa je..bukan orang nak kat aku pn..klu aku kontek pn, ade orang kene marah nnti...hahhaa

khalas.....

Friday, November 5, 2010

kepada siapakah kita perlu bersedih??

setiap yang hidup pasti akan merasakan kematian...
betul ke statement tu?dari mane aku dapat ni..
korang pasti da tau...
aku dapat ni daripada Quran..
kita semua pasti akan mati@menghadapi maut atau ape yg korang paham mengenai maut..
yang membeza kan adalah cara,waktu,tempat dan etc kite mati...

aku ade satu persoalan utk para rakan@sahabat...
adakah kita perlu berasa sedih atas pemergian seseorang?
bagi aku PATUT!

tetapi kesedihan tu aku tujukan kepada diri aku sendiri...
kenapa?
kerana aku kasihankan diri aku yg masih dalam kelalaian dengan godaan dunia..
masih lagi lena dalam dunia..
lalai dengan perintah Allah..

sedih....

kasihan....


tapi xkan kite nk terus kan bersedih tanpa berbuat apa-apa?
henti kan bersedih dan letak kan diri kita kepada jalan Nya...
betul kan diri ...
bagaimana cara nya?






EXPLORE IT BY YOURSELVES....
YOU KNOW YOURSELVES BETTER....

.....................................
xley nak tulis panjang..internet ni pn pinjam Muadz pnye..(aku menumpang kt umah de ujung mggu ni...alang2 tu jalan2 sket..)..