Sunday, September 26, 2010

so far away .........

plans of our futures hold,foolish lies growing old......
hurmmmmm...
it seems we're so invicible..but the truth is so cold...
a final song..a last request..
and a final chapter laid to rest..
now and then i try to find a place in my mind..
a place where you can stay...
you can stay away forever from me....

Wednesday, September 22, 2010

hari semalam @ UiTM Shah Alam a.k.a USA

tak sangka plak aku memang best lepak2 ngan member lame kat uitm...
aku ingatkan kalau aku gi sana, dorang layan aku biase2 je..tp memang terbaik ah..
to Muaz,Fakhrul,Hafiz beta,Nuar,Paan, korang memang best walaupun korang pau duit aku semalam...hahahhaha...tp yang xbest Rezza plak xde..alahaih...bile la dpt jmpe kan...
xkesa la...satu negeri je kot..lagi 4 tahun insyaAllah jmpe la kot...( tu pn kalau aku balik malaysia la)...


walaupun aku rase macam tak dipedulikan (oleh certain orang) tp aku xkesa..hahahha...member2 kan ade..tapi memang aku xsangke..walaupun hanya berbekalkan masa yang xsampai setahun kitorg kat asasi, kitorg mmg kamceng macam da lame gile kawan..myb it was about the quality time that we had together rite.. rase nak nangis pn ade jugak..siap peluk2 lagi malam td before balik umah... haishh.....


tapi yang xtahan tu, smlm tu dorg da siap cite pasal kawen tu..hahaha...siot betul..
dan macam biase , dorg akan suro aku bawak balik awek arab ke malaysia... insyaAllah x la kot...

Monday, September 20, 2010

no MORE!!!!!!

im sick of being stupid..
its enough...hahaha...
aku da malas...bia la korg nk ckp ape pn...
daripada aku jadi "stupid" membuat mende yg xpasti lagi,
baik aku turn over..xkesa la baik ke,jahat ke,liar ke x..heh..
its better than being nice but no one is gonna appreciate it, rite??
lantak la...bile orang da benci, mesti la dye akan jauh kan diri kan..
tapi aku xkesa..
yang penting aku ensem...(ayat abang aku)

Monday, September 13, 2010

alamak...jeles nye aku tgk dye "revert" to Islam...

hari ni, Isnin,13 september...
aku terkejut,jeles,dan menangis sbb aku tgk kawan lame aku yang dlu nye menganut agama Buddha kini akhirnya da kembali kepada Islam...
aku xtahu kenape aku tibe nangis tadi...adakah itu satu perasaan terharu??
atau jeles??atau sejenis perasaan sedih??

atau mungkin kesemuanya???
aku rase YA!!!!
kenapa??
sebab skg ni aku tgk kita sebagai umat islam (I mean yg sedia islam)bukan nye ingin mendekati islam tetapi semakin menjauhi...pelik kan?
sedangkan yg bukan islam mempunyai semangat dan keiinginanuntuk mendalami kebenaran islam...

adakah kita patut bersedih atau bergembira yang kita dilahirkan dlam keluarga yang sedia islam...tu terpulanglah bagaimana kite "berperanan" di dunia ciptaan Allah ini...

Wednesday, September 8, 2010

updating the post "Lelaki"

adakah lelaki suka menipu???
spesifik sket..adakah lelaki ensem ni suka menipu??
adakah lelaki yang ensem je suka menipu??





Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan daripada satu perkataan iaitu "Lelaki"
tapi itu lah hakikat nya...setelah beberapa survey dilakukan, nyata 90% wanita mengatakan bahawa mereka bersetuju dengan "lelaki adalah penipu tak kira ensem ataupun tidak". hal tersebut adalah daripada pengalaman mereka sendiri yang ditipu oleh lelaki dalam erti kata lain "habis madu sepah dibuang". mengikut maklumat yang aku dapat, kebanyakan lelaki akan menggunakan kelebihan muka nya yang kacak,ayat-ayat romantis dan mengambil berat terhadap wanita di luar sana yang ingin didampingi atau dimiliki nya..
selepas bosan,wanita tersebut akan ditinggalkan...namun pendapat ini disangkal keras oleh segolongan lelaki...mereka berpendapat mereka adalah pencinta yang setia..heh!pada pendapat aku pula, lelaki sedemikian memang wujud tapi dalam lingkungan 3 peratus sahaja daripada perhubungan lelaki dan wanita di dunia ini..jika tidak, masakan berlakunya begitu banyak kes penceraian..penceraian adalah alasan untuk mencari pasangan baru..tp itu hanya pendapat aku sahaja memandangkan terdapat terlampau banyak kes penceraian dalam kalangan artis..namun,tidak lame bercerai, sudah mendapat pasangan yang baru....hahahhahahahahhaa....


Dan ini adalah pengalaman dari kawan aku sendiri...dia menceritakan betapa senangnya dia mendapatkan "bekalan" wanita..hanya berbekalkan beberapa ayat dan beberapa kali berjumpa,wanita tersebut akan "menyerah diri" tanpa banyak soal..
berbalik kepada soalan aku pada awal post tadi..adakah lelaki ensem je yang suka menipu wanita??jawapan nye ialah TIDAk..kerana kawan aku tu memang tak ensem langsung!!!tapi bekalan wanita nya tidak pernah putus..dan dalam satu masa, dia mengadakan hubungan dengan 3 atau 4 wanita sekali gus..


Samada ada lelaki hensem ataupun perempuan cantik penipu, aku rasakan tiada beza antara keduanya, mungkin perempuan dikatakan penipu dengan hanya bertujuan untuk mengikis harta teman lelakinya, bagi lelaki pula dikatakn penipu apabila hanya suka mengambil kesempatan diatas kelemahan seorang wanita untuk kepentingan dan keseronokan diri semata-mata, lebih diketahui umum bahawa apabila perempuan jatuh cinta dan terlalu cinta akan kekasihnya, segalanya mereka sanggup lakukan termasuk menyerahkan mahkota paling berharga kepada kekasihnya,, dan keuntungan lelaki yang dapat...kerugian, maruah tercemar akan terpalit dalam sejarah hitam gadis tersebut.. setelah ditingglkan teman lelaki, tiada apa yang dapat diubah, hanya kelukaan dan penyeselan menyelubungi diri akibat kebodohan diri menyerahkan segalanya pada insan yang berhati binatang..

Dari pengamatan aku, dan kes-kes yang telah aku kaji, lelaki akan menipu dengan cara yang begitu licik sekali, ada yang meragut kegadisan , ada yang mengikis wang dan juga ada yang mengunakan wanita ini sebagai alat dagangan mereka, lebih kurang mengikis wang jugala.. setelah mereka puas dengan kegembiraan dengan wanita tersebut, mereka akan mencari habuan baru,, mereka terlalu ego , taksub , berlagak dengan memikirkan bahawa mereka mudah untuk mendapat teman wanita.. sering bertukar teman wanita.. dan mereka boleh dilabelkan sebagai lelaki "playboy"...
cerita mengenai mengenai lelaki "playboy " pula banyak diterbitkan dalam novel, majalah dan juga diadaptasikan dalam filem dan juga drama.. memang banyak kisah-kisah lelaki jenis ini.. begitu juga dengan kisah wanita " playgirl".. tiada beza antara keduanya..

Secara ringkasnya golongan ini(lelaki dan wanita...dalam kes ni,lelaki la)hanya mengejar keseronokan semata-mata..tapi jika difikirkan, adakah seronok untuk melihat orang lain menjadi mangsa penipuan mereka???golongan seperti ini lah yang meningkatkan statistik kadar kes pembuangan bayi..kalau buang je takpe,tapi bagi bayi yang digugurkan,bagaimana pula??mereka juga mempunyai hak untuk hidup..akan tetapi, aku tidak kasihankan bayi-bayi tersebut, sebaliknya aku iri hati..kenapa??kerana mereaka telah mendapat tempat di syurga Allah...Namun aku kasihankan kepada "Pembuang Bayi" tersebut...kenapa??fikir-fikir kan lah...


Pengajaran kepada wanita diluar sana...janganlah kamu terlalu mempercayai sepenuhnya golongan lelaki kecuali suami anda..lelaki hanya tahu berpura-pura dihadapan wanita..tapi janganlah kalian salah faham..bukan 100 peratus lelaki adalah berperangai seperti itu..di dunia ini masih lagi wujud golongan lelaki yang baik, cuma bilangannya tidak diketahui..

Jadi,bagaimana untuk mencari jodoh yang benar-benar baik???mudah...
kita kembali kepada pangkal jalan..kembali kepada "tali" yang telah Rasulullah tinggalkan kepada umatnya iaitu kita,umat akhir zaman..percayalah...Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...begitu juga wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...dalam erti kata lain, jodoh yang baik adalah untuk insan yang baik...jadi, renung-renung kan lah..


Aku nak tambah sikit lagi mengenai jodoh alang-alang dah termasuk dalam bab jodoh ni..sikit je.."jika orang yang kita 'kasihi' itu telah berkahwin dengan orang lain,tak semestinya dia bukan jodoh kita..mungkin belum sampainya masa untuk disatukan...mungkin bukan di dunia..mungkin di syurga sebagai bidadari kita". :)


wallahualam..........Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

sambungan 3-Manusia....


sedutan episod lepas : tok Pawang dilempang oleh pontianak...hahaha...amik ko...


Cerita ini kembali berkisar mengenai 3 orang sahabat tersebut..Sholin telah mengambil kotak tersebut yang berada di satu sudut(yang agak terpencil dan tersembunyi) Stesen Monorel Hang Tuah lalu dibawanya kepada sahabatnya Putra dan Zul.


"Eh Zul..ko rasa la kan..ni kotak ape?" soal Putra dengan kehairanan...


Balas Zul, " entah lah..aku pun xpasti..nak kata sampah, tak mungkin sebab rakyat Malaysia semua baik-baik dan berdisiplin..takkan buang sampah merata-rata..kalau ada pun, tu semestinya pendatang negara kita ni..jadi aku rasa ini harta milik sesiapa kot."


Mereka bertiga mengeluh kosong..Namun si Sholin dengan pantas membeliakkan matanya lalu menyatakan buah fikiran yang bernas akan tetapi agak tidak patut dilakukan... "Apa kata kita buka je kotak tu? Mana tahu ada duit kat dalam tu..kan2?Kita juga yang akan dapat untung."

Tanpa berfikir panjang, Sholin terus membuka bungkusan kotak tersebut..


..........................................



"Tok,kito sapa doh kat umoh kawe nih..denga dok bini kawe dok tepik-tepik tuh?"ujar Samad dalam dialek Kelantan pekatnya itu..


"Ko tak payah cakap pun aku boleh dengar..bukan main kuat lagi "menatang" yang kacau bini ko tu..dari jauh aku da rasa aura dia tu..bukan calang-calang ni." tok pawang berkata sambil melangkah masuk ke rumah Samad tanpa dijemput terlebih dahulu...

"Siot nate ore tuo...aku tok de nok ajok lagi yo masok doh umoh aku..ado hok nok keno gode nih...takdok aroh jah mung reti perubat nyakik jenih-jenih gini..kalu dok gak, mung la hok bulih nyakik ore tuo!!!"(hahahaha...panas jugak hati si Samad ni ngan tok pawang tu ye..tapi sume tu dalam hati dye je la..)


"Keluar!!!!!!!ni bukan rumah ko.."

Belum sempat tok pawang mendekati isteri Samad, dia telah dihalau keluar...Tok pawang tidak mempedulikan makian tersebut...

Isteri Samad yang berasal dari Johor nyata mempunyai kekuatan fizikal yang menyamai lelaki apabila tok pawang terpelanting ke dinding akibat ditendang..


"Amik koo..dasar tua kutuk!!!"
..
"Samad, aku kena berkasar sikit ni..boleh tak?setan ni nampaknya nak main-main dengan aku..dia belum kenal siapa aku..aku lah playboy terkenal..muahahahahha."(aku tak nampak apa perkaitannya playboy dengan masalah sekarang ni)


Tok pawang tersebut lantas melakukan upacara(yakni aku sendiri tak tahu nak terangkan macam mana tapi agak jelas menyimpang dari ajaran Islam)..selesai sudah upacara tersebut, tok pawang tiba-tiba menjadi hilang haluan..Nafsu nya menjadi semakin membuak-buak apabila melihat bini Samad yang sudah pengsan dihadapannya itu.."Lauk!!!Lauk!!!"monolog hati pawang..(dasar lelaki jahanam)..Samad yang menyedari keadaan tersebut dengan pantas mengenakan seluar Taekwondo nya untuk memudahkan nya untuk melancarkan tendangan padu pada muka pawang jahanam itu..



"Dush!!!"
"Arghhhhhhh!!!!!Sakit Samad...!!!!!


"ooooo...tau pn sakik...mung nok wak nate apo ko bini aku??????aku suroh mung tolong perubat buke suro mung 'make' yo!!!" Samad berkata terus menendang dan menumbuk pawang tua itu..

Setelah nyawa-nyawa ikan dibelasah oleh Samad,si tua jahanam itu dihantar ke balai polis yang berdekatan..

.....................................................


"Imah,abe katok parok doh ore tuo tuh...brani yo nok ngenak bini hok abe saye skali ni..mujo yo tohok doh sete tu..ore tuo tu kurung sete tu dale kotok kuning nih..loni abe xtahu nok wak gapo.."


"Abang buang je kotak tu..kalau simpan, nanti wat nyemak je kat dalam umah ni.."suara Imah dengan nada yang agak lemah..nyata setan tersebut memberi impak yang agak besar kepadanya.."Tak pe bang,nanti kita pergi buang sama-sama ye.."ujar Imah yang akhirnya menunjukkan senyuman untuk menenangkan hati suami kesayangannya itu..


Akhirnya kotak itu dibuang entah ke mana oleh pasangan suami isteri tersebut...namun cerita ini masih belum tamat..masih ada sambungannya..


p/s: pengajarannya , apabila ingin meminta tolong(dalam kes ni, mengenai perkara makhluk halus, minta la pertolongan daripada yang sepatutnya..seelok nya perlu diperhalusi cara pengubatannya terlebih dahulu..minta la pertolongan Allah dan ikhtiar la dengan mencari manusia yang layak utk melaksanakannya..jangan lah sampai kita bersahabat dengan syaitan yang bertopengkan manusia dan manusia bertopengkan syaitan..

sekarang ni da makin banyak kes-kes penipuan yang berlaku..Duit melayang..harga diri diragut..jiwa tergadai..tapi apa yang lagi besar kerugiannya ialah IMAN melayang jauh...
kenapa perlu dipinta pertolongan daripada yang jahil sedangkan kita sudah mempunyai Tuhan yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu??sedangkan kita tahu bahawa perkara boleh membawa kepada SYIRIK!!!!!!

Tuesday, September 7, 2010

Pemimpin...

haaa...
kali ni aku nak cakap pasal pemimpin sikit..
errr...kali ni boley la kot..

nak cakap sket je..
ari tu aku ade sembang-sembang dengan jurulatih@master taekwondo aku..
dye tanye aku "ape pendapat ko tentang pemimpin kita yang bernama TUUUUTTTT tu?"

aku cakap la xbape sesuai dan ok..sebab nye??
sebab nye, dye sebagai PEMIMPIN utama satu organisasi yang paling besar (korang paham-paham la ye) selalu memberi manifesto yg mengatakan ingin membawa anak-anak buah nya ke arah jalan yang 'lurus'...perkara tu mmg bagus dan patut dipuji..tapi layak ke dye menjadi pemimpin jika ISTERI nye sendiri gagal melaksanakan apa yg disarankan oleh suaminya itu?

dye dan dye telah berkerjasama untuk membangunkan projek Islam Ha****i...
hurmmmm..tapi aku sekali lagi menjuihkan bibir...bukan ingin menjatuhkan tetapi melihatkan pemimpin tertinggi berada dalam keadaan yang memalukan..Isteri sendiri membuka aurat tanpa segan silu...

Isteri...lambang orang yg paling dekat dengan diri...
bagaimana rakyat atau pn orang bawahan ingin mengikut jejak langkah dye..
sedangkan isteri sendiri pn x terjaga..hurmmmm...agak sakit untuk difikirkan..
mungkin secara kasarnya apabila dilihat, dye lantang bersuara..lantang mengeluarkan kata-kata manis untuk meyakinkan orang lain menyokong nya...tapi setakat mana kebenarannya???walaupun aku baru berusia 19 tahun, tp aku da masak dengan selok belok politik ni...(sebab ade orang dalam family aku yang main politik jugak)..aku tak terpengaruh dengan saudara aku sendiri..tapi aku mencari sendiri kebenaran itu dengan mendenga pendapat dari kedua-dua pihak...tak perlulah dinyatakan siapakah pihat tersebut...





Pemimpin itu sendiri harus...tidak...bukan harus tetapi WAJIB bersikap adil dalam melaksanakan urusannya..tetapi daripada apa yang telah aku kaji..amatlah kejam sekali hakikatnya..contohnya...aku telah mendapat tahu bahawa kerajaan p***t telah bertindak utk memotong bekalan elektrik satu negeri..hal ini bukan fitnah atau dakwaan kosong semata-mata tetapi aku sendiri yang mengalami keadaan tersebut..
Lampu-lampu jalan tidak dihidup kan..(nasib baik aku xlanggar orang malam tu)..apabila disiasat, terdapat pengkhianatan kepada negeri tersebut...memang menyakitkan hati..
biarlah di situ.

cukup la aku mengutuk...hahahha...

ok..kali ni aku nak btau pasal pemimpin yang paling aku hormat..(afte Rasulullah of coz)
Tok guru Nik Aziz...beliau ni memang....ntah la..memang sukat untuk digambarkan..
beliau memang istimewa..dari segi amanah dan pimpinan beliau,aku memang tabik..
beliau juga pemurah..bayangkan beliau telah memotong sebahagian daripada gajinya (aku dapat info,setengah daripada gaji nya) untuk disedekah kan..tu yang dipotong..tak termasuk sedekah nya yang lain...tiap kali orang datang melawat rumah nya, sudah pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong..selain itu, segala percakapan beliau adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..bayang kan pada satu ketika di dalam stadium di Kelantan, semua hadirin mengalirkan air mata apabila Tok Guru membacakan doa..(aku pn da lupa pasal ape)..mane nak cari pemimpin yang mampu membuatkan rakyat nya mengalirkan air mata skg ni??
aku juga ada mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa Kelantan mempunyai kadar kemiskinan tegar yang agak tinggi dalam negara...betul kah???aku rasa itu hanyalah maklumat paslu yang dinyatakan untuk menjatuhkan kepimpinan beliau..kenapa aku mengatakan sedemikian??
kerana aku telah menjelajah seluruh pelusuk Kelantan..rumah orang Asli jauh lagi besar daripada rumah aku dikampung..begitu juga rumah orang di hujung-hujung kampung atau kawasan terpencil Kelantan..ternyata maklumat tersebut hanyalah palsu semata-mata..

lagi satu...Tok Guru ni memang mesra rakyat tidak kira waktu..hal ini demikian kerana beliau sedar itu adalah tugas dan tanggungjawabnya sebagai pemimpin..beliau tidak hanya turun apabila dekat dengan pilihanraya..


hurmmmmm....kalau nak diceritakan lagi, memang tidak akan habis..
hahahha...tapi walaubagaimanapun, pemimpin yang terbaik adalah Rasulullah...walaupun telah lebih seribu tahun pemergian Baginda,namun masih lagi ditabalkan sebagai manusia yang terbaikdi dunia oleh golongan bukan muslim..


(dye sebab aku malas nk gune kan panggilan hormat --->beliau..rase mcm xlayak )




sorry...post ni banyak mengarut je...

xpe la..

nk post pn ade org xkasi...hahha...
xkesa la..mmg aku nk kaitkan dengan isu-isu sensitif..
so better xyah la kan...daripada ade yg rase xsedap, biar je la..
penting kan member dari kepentingan diri kan.. :)

walaupun sekarang kebebasan bersuara adalah satu elemen penting dalam
masyarakat, tapi sebahagian besar daripada mereka tidak menggunakan dengan betul..
sudah terlalu banyak perkara yang tidak masuk akal yang diketengahkan..
menghalalkan perkahwinan lelaki dengan lelaki,perkahwinan dengan haiwan dan banyak lagi..apabila dihalang, didakwanya pihak tertentu menghalang hak asasi manusia..

tu je la kot...nak cakap pasal tak dapat tulis post tu je tapi lari jauh nih...

upcoming post...(terpaksa dibatalkan) :(



sekarang aku tengah memikirkan 'point' untuk post aku yang akan datang...
cerita tu bile-bile mase pon boleh sambung..

di sini sedikit pendahuluan mengenai post tersebut..


LELAKI
adakah boleh dipercayai dalam perhubungan??
tidak kiralah dalam persahabatan,perkahwinan dan sebagainya...

nanti kan!!






HARAP MAAF......ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU,POST INI AKAN DI CANCEL KAN...
(HAISHHH....idea tgh bnyk,xley nk post plak)

Monday, September 6, 2010

i made some kinda mistakes..




aku da penat buat silap...

aku da penat sangat buat silap..

penat sangat-sangat....


kenape la aku tibe-tibewat camtu ea??

semua perkara yang berlaku ada hikmah kan..

juz kite kne cari je..

tapi jumpe ke aku??

hahahaha...

melalut lagi....jom melalut!!!!!!

penat den

dalam bulan ramadhan ni, ari ni la aku paling penat..
tak tau kenapa...xkesa la..

ari ni aku nk sambung cite tu xde idea sangat..jalan citer nye da ade
tapi nak jadi kan panjang sket..mungkin otak penat kot..

tgk...nk post sumthing yg pendek pn xde idea..kritikal nih..


ari ni aku xde wat pape pn..juz tgk anime, blog walking...

aku tertarik ngan syasya pnye post..
pasal baju raye...asal raye je mesti ade soalan yg same...
"da beli baju raye blom?"


bile aku jawab belom...
"weyh,ko xnak raye ke?"

baju melayu aku da ckup bnyk..
da la pakai bape kali je staun..
tambah plak baju melayu yang aku pakai kawen ari tu..
lagi pn aku ni jenis yg jarang pakai baju melayu..time skola dulu je banyak pakai..
malas nk tuck in punye pasal..

sambungan 2-Manusia....


sedutan daripada episod lepas...
mereka bertiga telah menjumpai kotak...

Sebelum itu,mari kita sama-sama imbas kembali masa lampau..(xde la lame sangat)

3 tahun dahulu di sebuah kampung..
kedengaran ringtone lagu Lady Gaga di satu rumah yang terletak agak jauh di pinggir kawasan bandar metropolis itu.....

"cisss....haram jadah mana la yang telefon aku malam-malam buta ni?tak reti nak tidur ke?" ucap seorang manusia yang bergelar pawang dikampung itu sahaya menekan butang hijau di telefon Sony Ericsson Vivaz U5i nya itu sambil menyanyi lagu Lady Gaga.

"hoh tok...bakpo la lamo sangak tok nok akak telepong nih?lamo doh kawe kol tok..nok tunggu ko tok akak ni gak, lamo jame..janggok doh nunggu.." ujar suara dari talian lain..

"hah..ko rupanya Samad..aku ingat siapa la tadi..yang kau ni pun satu..malam-malam macam ni pun nak kacau aku..apa ko ingat aku ni anak dara ke yang ko boleh ngorat?" perihalnya dengan nada yang agak menyindir..

Samad yang berasal dari Patani menetap di kawasan perumahan Kampung Bharu itu menjawab
"Tok, kawe ado emergency nih..bini kawe tok tahu bakpo jadi supo ore gilo..dok nepik kokse kokde..panah palo sero kawe nih..kawe sero yo keno kenak ko ore nih..bini kawe kea
comey lotey..mesti rama hok deki nih..tiap kali kawe nok manjo-manjo nga yo, mesti yo maroh kawe..sedih wey lo ati ni.."

"habis tu ko nak aku buat ape?nak suruh aku ngorat bini ko?tak kuasa aku..walaupun aku ni playboy yang terkenal, tapi bini orang aku tak main la."sambil gelak-gelak.."

"Ish demo ni tok..agok-agok la sikit..punyo la payoh kawe nok ngejah yo mulo..sejak jame sekoloh menengoh lagi kawe dok ngejah yo..taun ni baru bulih..tu pun payoh nok mapuh sebak ado ore kuca laing..so gini la tok..demo ejah la mari sini..tolong perubat bini kawe..kawe risa dooh doh ni..kawe g amik la tok pahni..bereh dok?" ujar Samad bersuara terdesak dan tersedak-sedak..


"Baiklah..aku on je..cepat sikit la ye.malam Keliwon ni banyak 'kawan' yang nak baik-baik dengan kita..


"Ni kawe saye ko tok nih...mmmmmuaahhhhh...i love you tok."tanpa segan silu Samad menyatakan kegembiraannya..


"Dale 20 minit lagi kawe sapa depe umoh tok..bereh dok?"


"Ye...cepat la sikit.."



Dalam perjalan Samad ke rumah tok pawang tersebut, agak ramai 'kawan' yang dijumpainya..hal itu menyebabkan samad memecut laju kereta Honda Civic putih nya sehinnga mencapai kelajua 180 km/j..lagi buat Samad takut apabila dia terpandang kelibat 'lembaga' yang berbungkus putih di hadapannya..

"Ahhhh....pergi mampus..baik aku terus je daripada aku berhenti nak tengok.."kata Samad sambil menekan pedal minyak sehingga rapat ke lantai kereta...


Terpelanting 'lembaga' tu dilanggarnya...perjalanan Samad diteruskan..
10 minit kemudian, tibalah Samad di rumah tok pawang tersebut dalam keadaan berpeluh dingin...

"Tok!!!!!!!!!!!!!cepak la...bini kawe tunggu nuhhhhh!!!!


"Yolah...aku turun la ni...kot ye pun,sabau la sikit.."

Dengan lajunya Samad memecut menuju ke rumahnya..Namun tiba-tiba tok pawang menyuruh Samad men-stop-kan keretanya..

"Samad..ade 'kawan' nak tumpang kereta ko ni.."

Berderau darah Samad mendengar perkataan 'kawan' itu..peluh jantan,peluh betina, peluh dingin,peluh panas semua sudah keluar dari liang peluhnya..bulu romanya mencanak dan meremang..


"Pahtu gano nih?nok wi tupe ko?"

"Ko bagi je la..kesian aku tengok menatang pontianak tu jalan kaki jauh-jauh..kang semput pulak kat tengah jalan tu."

"oit pontianak..kalau ko nak tumpang,buat cara nak tumpang..kalau ko macam-macam,aku lempang ko laju-laju..lagi satu, aku tak lalu jalan ke kubur...aku letak ko kat kawasan yang dekat-dekat je la ea.."ujar tok pawang tu sambil menurunkan power window kereta itu untuk bercakap dengan pontianak tersebut...

"lagi satu aku lupa nak cakap..kawan aku da baik-baik bagi tumpang, ko jangan nak buat muka hodoh ko tu..kalau ko buat, bukan lempang je ko dapat..aku paku terus tengkuk ko tu!!!!so, ko nak tumpang ke tak ni?"

"Alaaaa...banyak gile syarat..tak best ah nak tumpang camni..tak pe la..gua blah la..lu memang tak best ah tok pawang!!!!taik hidung masin..nah amik ko pelempang sebijik orang tua tak sedar diri!!!"ujar pontianak sambil memblah kan dirinya...


Pang!!!!!!!!! berpinar mata tok pawang tersebut menerima tamparan padu daripada pontianak...Samad yang berada di kerusi pemandu terkebil-kebil melihat kejadian tersebut tanpa mampu berkata-kata walau sepatah..

"Siot ko pontianak..ko tunggu aku setelkan hal aku dengan Samad..nanti aku cari ko..nak blah tu, blah je la..tak payah la tampar aku..da Samad..jom gerak.."






bersambung lagi la plak...hi3

sambungan-Manusia......

sedutan daripada episod lepas.....
dorg sedang menuju ke arah stesen monorel Hang Tuah utk bergerak ke
KL Sentral...namun keadaan di stesen tersebut kosong ibarat di dunia ini hanya mereka
bertiga sahaja yang masih hidup...

tapi sebelum tu, aku lupa nak perkenalkan siapakah gerangannya mereka bertiga tersebut..mereka bertiga adalah bekas pelajar MRSM..bukan daripada MRSM yang sama..jauh-jauh...seorang dari MRSM Kuala Krai,Putra...seorang dari MRSM Jeli,Sholin dan lagi seorang dari MRSM Tun Ghafar Baba@TGB,Zul...mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu, MRSM KK(seorang pakar komputer),MRSM Jeli(seorang peguam) dan MRSM TGB(seorang doktor)..
*cukupla kot tu kan*


tiba-tiba si Putra bersuara..
"weyh korang..korang xrase pelik ke ari ni kosong je,xde orang..biase
aku lepak kat sini penuh je..kadang-kadang kat sini la aku cuci mata..ramai woo minah saleh..yang tak tahan tu ada jugak yang minah saleh celup..xsedar diri tu 'islam' dan Melayu...tp aku aku xkesah...sape suruh tunjuk-tunjuk kat aku kan..hahhaha"

"aku rase la kan...."

belum sempat Zul habis berkata-kata, si Sholin dengan pantas menyampuk..
"betul la Putra..aku pun selalu jugak lepak-lepak kat sini..tapi apesala aku xpenah jumpa ko pun sebelum ni??musykil beetul aku...ko ada pakai ilmu hitam ke??"

"weyh..aku rasa la kan...."masih tidak dilayan.."

dengan muka panas, Putra dengan pantasnya melempang muka Sholin...

"asal ko lempang aku laju-laju ni?"soal Sholin kekagetan...


"da ko sebut hitam tu kenapa?aku kalau bab-bab hitam ni sensitif...aku tahu la aku ni hitam..tak payah la nak kias-kias dengan aku ni..nk kutuk, kutuk la depan-depan..dasar mangkok hayun."


lagi satu hayunan yang sepantas kelajuan cahaya hinggap di pipi Sholin...
terkebil-kebil Sholin menahan sakit penangan pelempang Putra itu..terus terdiam seribu bahasa..

"pang!!!!pang!!!!"
dua pelempang hinggap di muka Putra dan Sholin....
Putra kaget...Sholin sudah mula menangis gara-gara sudah mendapat 3 hadiah pelempang free...

"dua-dua mangkok hayun...aku nak cakap pun susah..tak kasi can langsong...amik ko..tak pasal-pasal dapat pelempang free...amacam???best??"
kepuasan nyata terpancar dari raut wajah Zul yang akhirnya dapat meluahkan ketidakpuasan hati yang tersimpan disebabkan tak dapat menghabiskan percakapan beliau sebelum ini...


"weyh...ni aku nak beritahu..aku ada nampak benda yang pelik kat situ"sambung Zul sambil jari telunjuk kanannya menunjukkan ke satu arah manakala tangan kirinya digosok-gosokkan di punggungnya..."keras betul muka dorang ni..siot..buat sakit tangan aku je..myesal plak aku bagi pelempang...kalau aku tahu, aku bagi je tendangan maut tadi"kata hati kecilnya...

sambil menyeka air mata, Sholin tanpa rasa ragu dan sangsi terus mengambil 'benda' itu..
apabila diamati, 'benda' tu sebenarnya ialah kotak..


bersambung...................

Sunday, September 5, 2010

manusia......

ade 3 orang kawan baik ni...
dorg sume ade penyakit yg same...
ape ea..da lupe..sape nk lempang aku utk igt kan balik ape
yang aku lupe??mintak2 xde la ye..hehehe

penyakit dorg ialah pengsan bile bercakap ngan pmpuan..
agak pelikkan penyakit tu..(aku pn ade penyakit yang same..caye x??)
dorg ni asal jmpe pmpuan je mst akan jadi excited...xley dok diam macam beruk..
terkinja-kinja,lompat-lompat macam org xckup akal..klu korg jmpe dorg 3 orang ni, mesti ringan je tangan korang nak bagi pelempang..
tapi tu la..walaupun dorg excited bagai nak rak bile jmpe pmpuan, dorg bile start nk sembang2 ngan pmpuan, dorang akan pengsan...kalau korang nak tahu, sebab tu la dorang sume single a.k.a bujang terlajak. untuk pengetahuan korang, umur dorang skg ni adalah 45 tahun dan mereka sume sebaya(kawan baik sejak kecik)..ntah cne dorg bley dapat penyakit yang same tu..wallahualam..

pada suatu hari, mereka bertiga berjalan-jalan kat time square..macam biase, dorang sume jalan2 untuk ushar @cuci mata dengan melihat lenggang lenggok para wanita yg seksi..da bosan cuci mate, dorang g tgk wayang plak..cite ape ntah..resident evil:afterlife kot..

3 jam kemudian, dorg keluar dari I-Max dengan muke ngantuk..
dorang terus menuju ke stesen monorel Hang Tuah utk bergerak ke KL Sentral..
hari tu mmg agak pelik sedikit sebab xde org yang gune kan monorel..aku pn pelik..
mane pergi org kl nih..biase xpernah kosong..

tibe-tibe........

6 years to goooo??????noooooooo!!!!!!!!!!! long way to go

lepas sembang2 ngan kawan skola rendah aku pasal medic...
tibe2 termasuk pasal housemanship....hahahhaa
lame nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......
stillllllllll 6 yearsssssssssssssssssss to goooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo...........

Me?Nerd?

hahahah....
da agak lame aku xdgr orang x panggil aku nerd..
nerd...what is nerd?aku pn xpasti sebenar nye..
tapi yang aku pasti ramai kawan2 yang panggil aku nerd..
mungkin sebab rambut aku disikat tepi,pakai spek tebal..
nak kate aku nerd yang betul-betul "nerd",xtau la.
aku ni xde la rajin sgt dlm bab-bab blaja..
bace komik ade la..hahah..

nerd ke aku?
ntah la..ade yg cakap aku macho,nerd..
tp xpenah ade cakap aku ni hensem..hahahha

ish...ape aku melalut malam ni nih...
mengarut je sume tuh...
nerd atau tak, same je..
kite tetap manusia..
ape guna klu ensem tapi asyik bermaksiat je..
lagi xgune klu muke xbape cantik(mengikut cita rasa masing2 la ye) tp perangai hudoh teramat sangat sehingga manyakitkan hati...hahaha..
kesimpulan nye, kecantikan@kehenseman tu dtg dari dalam..
i mean dari dalam HATI atau bak kata Husna Haron "kokoro" dalam bahase jepun nye..
bukan dari seluar dalam ye..yg tu haram jadah ye rakan-rakan..

hahahaha...tapi masyarakat skg ni da menggunakan konsep yg terbalik..

cne tu??

no offense..
org skg ni ramai yg fikir bahawa kecantikan tu adalah dari luaran... i mean fizikal..
bukan nk cakap kasar tp ye la kan..
ramai antara mereka yg berpakaian "seksi", "berbelah-belah bak pramugari", "memakai baju adik yang skola rendah sedangkan mereka sudah berusia 20-an" dan bnyk lagi la..
mungkin mereka fikir "dari mata jatuh ke hati" da ketinggalan zaman...skg ni dorg lagi suke gune kan "dari dada,punggung,paha, rambut jatuh ke hati"...

tp aku xberape stuju jugak tuh...still ketinggalan zaman..kenape aku cakap mcm tu??
sebab skg ni da bnyk kes yg menunjukkan perkara yang sebalik nye..klu semua "kecantikan" palsu itu jatuh ke "hati", tak akan berlaku nye kes buang bayi,rogol,pelacuran...tapi kenapa kes-kes tu still berlaku?????????

agak panjang tanda soal di situ...
nak tahu kenapa?
sebab ..........
dorg skg ni menggunakan "dari dada,punggung,paha,rambut masuk seluar dalam"
agak kasar di situ..
maksud aku di sini "NAFSU"..
mereka bertuhan kan NAFSU...keinginan mereka telah dikuasai oleh NAFSU sebelum sempat ditapis oleh HATI@IMAN...

aku menulis ni berdasar kan pengalaman aku sendiri..
bagi mereka yg telah mengetahui, mungkin boleh memahami situasi aku..


aishhh...ilang plak idea ni...td bnyk je...
xpe la..sambung len kali la plak...hahahhaa

Friday, September 3, 2010

baru je igt nk senyum sepanjang hari...hurmmmmm
tp ade sumthing yg da rosak kan plan aku...
hahahhaa....
nak senyum pn susah skg ni..
tp bukan ke aku mmg susah nk senyum...
ramai org ckp aku garang...
xkesa la..
yg penting skg ni aku da tau yang kata2 itu adalah senjata yg lagi hebat drpd bom....

:)

i am happy...
syukur alhamdulillah....
hi3

Thursday, September 2, 2010

balik kampung lagi....

hurmmmmm......
jap lagi dalam pkul 10 aku akan gerak balik ke kampung..
kali ni aku akan luang kan mase betul2 ngan nenek aku..
orang cakap quantity tu xpenting tp yang penting adalah quality..
yeah...its correct..but i have a better answer..
quality is better than quantity..but what if we increase the quantity if the quality??
it would be better rite?? :)

mungkin lepas ni aku da xdapat nk jumpe nenek aku lagi...mungkin aku yg akan pergi dlu atau nenek aku akan pergi dlu..who knows...heh...
bukan ape..juz kadang2 aku rase mase aku da dekat je..dekat macam mane tu aku xtau la..i juz can feel it..so, aku nk mintak maaf awal2 la ye kawan-kawan..segala ape yg aku buat selama ni if ade yang menyakittkan hati kamu semua, mintak jangan diambil hati..alasan manusia mudah lupe dan selalu buat salah ni aku da bosan dengar tp itu lah aku nk cakap kat kamu semua..tiada siapa pn yg sempurna kecuali Allah..kan2??hehehe...

to farhana...be strong..
i know u can do it..
mungkin adik xtau perasaan kehilangan seorang ibu, but i'll try to understand it as to give u some kind of support i think..hahha..maybe its useless..but at least i try rite...

to shazmeer...
igt...jgn jadi macam kite kat tgb dlu..
geng ICU..hahaha...geng budak2 bodo..budak kelas pemulihan..
tp skg ni kite da x macam dlu..bodo2 kite dlu pn, skg ni da masuk u jugak..
UIA lagi tu meer..so, hargailah ape yg ko ade skg ni..jangan buat macam dlu lagi..terus kan study..bawak balik Ijazah Pertama yg family ko nak..jangan yg lain sudah la ye..yg ke-2 or yg ke-3 tu bley tunggu..tp klu da ketentuan Allah, sape boleh halang kan..hahahaha..

sape lagi ea..nk cakap kat sini segan plak..hi3..xpe la..nnti aku cakap sndri la ngan dye..

kepada sesiapa yg membaca post ni, mungkin korg rase agak kelakar kan..
mungkin..tp tu la kenyataan nye..setiap yang hidup pasti akan merasai mati..yang membezakan adalah masa,tempat,cara kita kembali...mungkin dengan cara yang baik..mungkin juga dengan cara yang tidak berapa baik..dan setiap yang berlaku ada hikmah nye..dan hikmah yang kita dapat daripada sesuatu perkara atau kejadian adalah berbeza..sesungguh nya Allah itu Maha Berkuasa...

so kepada kawan2 yang lain, aku pun nak mintak maaf..aku tau dlu aku bnyk buat salah..even dlu aku memegang nama Badar..tp perangai macam ntah pape jugak..
mungkin aku da mengecewa kan Syawal,Shazmeer dan Safwan yg pilih aku dlu..tp aku lagi takut sebab aku mungkin telah mengecewa kan Allah...hurmmmm.....

bile rase macam da dekat ni, macam2 plak terfikir dalam kepala ni..takut, rasa bersalah,sedih...tp perasaan hepi tu langsung xde..kenape xde??
sebab aku ni bukan budak yang baik...banyak salah..
so, ape gembira nya pergi dengan dosa yang banyak tertanggung ni??
ape gembiranya klu pergi dengan mengetahui yg aku akan sakit gile2 time sakaratul maut??

ape gembiranya klu pergi dengan mengetahui yg lubang kubur menjadi sempit, sesempit mungkin sehingga rusuk kanan bertemu dengan rusuk kiri??

ape gembiranya klu pergi dengan mengetahui yg aku akan disoal oleh Malaikat dan dipikul oleh mereka sehingga tenggelam ke dalam bumi??

ape gembiranya pergi klu aku dihisab dan timbangan ke arah dosa lebih banyak daripada pahala??

ape gembiranya pergi jika aku jatuh ketika berjalan di titian Sirat..

ape gembira nya juga jika aku pergi dengan mengetahui yang aku akan tinggal dan disiksa bersama syaitan,firaun dan etc di neraka jahanam??

ape gembira nya pegi jika tahu yang aku akan disiksa di neraka selama-lamanya tanpa dapat mencium bau syurga pn???


hurmmmm.....
mungkin aku xberapa bgus utk bercakap hal ni tp ye la...
same2 la kita ingat2 kan..
jangan pernah selesa dengan kedudukan kita sekarang...
jangan pernah yang kita ini da cukup bagus...
dan jangan pernah langgar perintah Allah..
serta sentiasa lah kita mengingati Nya dan Rasulullah...

hahahaha....
panjang plak melalut sblm subuh ni...

Wednesday, September 1, 2010

satu lagi fakta tentang AFIF SLIM.....

mak afif= overprotective
ayah afif= kalut@kelam kabut



overprotective+kalut@kelam kabut = afif....
which is very cool...

i envy u...
i envy ur family...


tapi semua ade problems masing2 kan... :)
juz b the one who u r..
tp jgn jd jahat da la...

Nur Amani maisarah bt Muhd Firdaus




sorry2...ari tu aku ade silap bg info...
name dye bukan Nur Amalina tp Nur Amani..
ape daa..tu pn bley silap..hahhaa..

owh, btw..tu name anak sedare aku..bukan awek aku ea..

n my name its not uncle jimmy..haiisshh....jadi pak Anjang la plak..mane dtg ntah name tu...

aku,afif dan dia...he3

antara hari yang paling bnyk memberikan warna kepada aku...
time nk anta afif..
afif,
ko ni mmg bgus la..wlpn kat tgb dlu kite xsembang bnyk sgt, tp disebabkan satu kisah yg ko berkongsi ngan aku,terus kamceng sampai skg..hahahaha...mintak2 xputus la..
btw, aku suke family ko..errr...i think its more to jelousy...he3..
bukan ape..aku xpernah tgk seorang ayah yg begitu bersungguh2 utk men-ready-kan anak dye..same goes to your mother..mereka mmg sgt peramah..first2 jumpe pagi ( pkul 5 pagi) terus offer kitorg utk sahur skali..aku nk je makan tp aku segan n da makan bnyk kali sebelum tu..ade org belanje la kate kan..Alhamdulillah..:)

sembang pnye sembang, datang plak family pakcik afif..pak usu dye rase nye skali ngan anak2 dye...ade jugak yg name Azim..tp Azimuddin la..xkesa la..janji azim jugak kan..
yg aku suke, Pakcik tu puji aku beb..bukan la sebab aku ensem ke ape kan(bajet gile aku nih)..dye cakap aku boleh jadi consultant dalam bidang educations..sbb ape yg dye tnye pasal cabang studies. aku jawab ngan lancar..cewah..Alhamdulillah lagi..mungkin ni la sebab aku xberape pandai,slow gile dalam blaja,n etc dlu..(xde la nk ckp aku da pandai skg ni) tp disebab kan result spm aku xseperti result kawan2 aku yg lain, aku terpaksa melakukan research utk lubang2 yg sesuai dalam mendapatkan bidang yg aku nak...medik la kan..daripada pengalaman aku yg ade, aku btau pakcik tu mengenai cabang2 yg ade utk anak dye yg form 5 skg ni..bukan ape, aku tgk pakcik tu besungguh2 utk tunaikan permintaan anak dye tu utk belaja kat mane ntah..tp aku puji sikap pak cik tu..hahah...bagus...sebab family aku x macam tu..

mak Afif plak ckap aku ni pandai amik ati org tua...amik ati ade makne tu mak cik..he3.ati org tua siapa??? who knows rite..xkesa la sume tu..kan2?

aku ade bnyk lagi nk btau n bnyk lagi yg berlaku...tp part tu biar la aku,afif dan org tertentu yg tau...

dan Afif..aku xsedih ko da g jauh..tp aku sedih sbb lain..ko pn tau nape kan Afif..
aku sedih sgt2...dan nyesal sbb da mensia2 kan peluang yg mungkin dtg sekali seumur hidop..sbb myb lepas ni da xjmpe da..hurmmm...biar la part yg sedih tu aku n Afif je yg tahu..