Friday, April 30, 2010

hi3...

salam...
da lame gile x update blog ni...
hi3...da bersawang da pn..
ni pn curi2 update ni..
sekarang ni mmg sibuk gile2 wa cakap lu..
taekwon do sepanjang mase..
latihan...
mengajar...
fuhh...
da la xlame lagi kne g perak utk pertandingan seni pertahankan diri peringkat kebangsaan...negeri lain da start latihan intensif...
aku plak blom lagi..haishhh...
ape nk jadi ni...

Wednesday, April 14, 2010

cinta akhirat???


cinta akhirat....sabda Rasulullah yang bermaksud..
"sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup dihatinya dan mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri.Tetapi siapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya."
(riwayat al-Tarmizi)

firman Allah yang bermaksud: "sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu kepadanya. Dan sesiapa yang menghendaki keutungan di dunia, Kami akan berikan kepadanya sebahagian keuntungan di dunia dan tidak ada baginya satu pun bahagian di akhirat." (surah al-Syura 42:20)

lihat..Allah telah mengatakan dengan jelas di dlm Quran..
begitu juga dgn Rasulullah..
mengenai keutamaan di dalam hidup..
mengutamakan akhirat..
ciri-ciri orang yang utamakan akhirat:
-tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat..
-tidak berkumpul dengan keluarganya kecuali membayangkan akan berkumpul bersama dengan penduduk syurga..
-tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni syurga
-tidak akan menyeberangi jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka..
-tidak akan mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala.
-tidak pernah berbicara tentang sesuatu perkara melainkan ada kaitannya dengan akhirat..


berdasarkan semua itu, adakah salah satu daripadanya terdapat pada diri kita?
mungkin ada dan mungkin tiada..
semua itu tidak pelik kerana umat islam mutakhir ini secara terang lagi bersuluh
hanya mementingkan keduniaan semata-mata. bukan semua tetapi ramai.
kenapa saya berkata sedemikian?
hal ini kerana, saya dpt perhatikan dengan menggunakan mata kurniaan Allah ini..
kebanyakan daripada umat islam yg saya kenal rela meninggalkan solat hanya semata-mata utk berseronok. apakah mereka tidak tahu bahawa solat 5 waktu sehari semalam adalah wajib? apabila ditanya, mereka tahu.. tetapi tidak diamalkan..
lagi satu..yang ini memang ramai remaja pada masa kini lakukan..
iaitu menuju ke tempat yang merupakan sarang masksiat..contoh?
perlukah saya memberi contoh?
apakah definisi sarang maksiat??
saya tidak mengetahui maksudnya secara tepat tp secara amnya sarang maksiat adalah tempat yang berlakunya maksiat..
contohnya, pub,rumah pelacuran.. akan tetapi, adakah "sarang maksiat" hanya itu semata-mata??
pada pendapat saya, sarang maksiat begitu banyak sekali..
kenapa saya berkata sedemikian?
baiklah..saya akan kupaskan satu persatu..
apa pendapat sahabatku sekalian mengenai larangan Allah yang melarang kita menghampiri zina?
Allah melarang kita daripada MENGHAMPIRI zina@maksiat..
menghampiri..sedangkan menghampiri sudah diharamkan apatah lagi melakukan maksiat..
contohnya Islam melarang mengharamkan lelaki dan wanita yang bukan mahram duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan..kenapa Islam melarang umatnya berbuat demikian?? hal ini kerana dengan hanya DUDUK BERDUA-DUAAn boleh menimbulkan fitnah orang ramai..selain itu, ketahuilah bahawa syaitan laknatullah itu adalah musuh yang nyata bagi kita serta rakan subahatnya iaitu nafsu ada bersama kita menghasut supaya meneruskan perbuatan yang terkutuk..
itu adalah dalam kes zina@berdua-duaan..
bagaimana pula berdua-duaan tetapi dalam khalayak ramai??
contoh?
mudah sahaja..
konsert dan panggung wayang..pernahkah kita melihat konsert dan panggung wayang yang mengasingkan kaum adam dan kaum hawa?? beritahu saya jika ianya ada..mungkin saya kurang mengambil tahu perkara semasa..
konsert....
penuh dengan perkara yang melalaikan..
wanita menyanyi..
wanita menari..
wanita bermain alatan muzik..
wanita yang berpakaian dengan sangat "sopan"..
selain itu, dalam keadaan manusia yang berhimpit-himpit itu, "peluang"
utk bersentuhan dengan bukan mahram adalah sangat tinggi..sedangkan bersentuhan dengan bukan mahram adalah haram..
mungkin alasan mereka berbunyi seperti ini "saya tak sengajalah bang. tak sengaja takpe kan bang."
tidak sengaja..baiklah..itu adalah satu alasan yang boleh diterima bagi yang tidak mengetahui..
tidak tahu..
hurmmmm...
saya rasa perkara mengenai bersentuhan antara lelaki dan wanita telah diajar semasa sekolah rendah lagi..mungkin mereka lupa..
tetapi setelah ditegur, mereka masih lagi berterusan melakukannya..
bagi mereka, hal ini mungkin merupakan satu perkara yang kecil tetapi sebenarnya hal ini amat besar sekali..
satu lagi situasi..
mereka mengetahui dan tidak melakukannya..tetapi mereka masih berada ditempat yang berlaku perkara itu..
mereka tahu bahawa bersentuhan lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram dan mereka mengelak daripada bersentuhan..tetapi mereka berada bersama-sama mereka tanpa menegur..
sedangkan selemah-lemah iman adalah membenci perkara itu dan MENJAUHI perkara itu..
hurmmmm....
adakah mereka dikira bersubahat???
berikan pendapat rakan-rakanku.....

begitu juga dengan panggung wayang..saya tidak ingin mengulangi utk menulis perkara yang sama..rakan-rakan boleh lihatnya di post saya yang bertajuk "wayang???"


berbalik pada tajuk asal..
begitulah rakan-rakan yang saya kenal..
mereka mementingkan keseronokan dunia daripada mengejar bahagian akhirat mereka..
mereka mengabaikan solat yang wajib semata-mata utk menyaksikan konsert dan menonton wayang..
apa pendapat rakan-rakan??

itulah tandanya mereka telah dijangkiti penyakit wahan..
penyakit dunia..
penyakit yang paling ditakuti oleh para ulama..
hal ini kerana, apabila mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut, ketakutan terhadap Allah akan hilang..
dengan hilangnya ketakutan itu, maka hilanglah khusyuk mereka,hilanglah keikhlasan mereka..dan jatuhlah darjat mereka...
dan ketahuilah bahawa mencintai dunia termasuk dalam dosa-dosa besar...


jadi rakan-rakanku....
anda berada di bahagian mana??
cinta dunia??
cinta akhirat??
tanyalah diri anda..
tanyalah iman anda..
muhasabah diri anda..
semoga kita jauh daripada melakukan dosa-dosa kepada Allah...

Monday, April 12, 2010

mrsm jeli and kuala krai@coaching????

fuh...satu perjalanan yg lama dan jauh gile...
2 jam naek motor g mrsm jeli semata-mata nk g ngajar tkwndo..
panas,lapar,dahaga..hi3..biase la tu..
sampai je kat mrsm jeli,terus aku ngajar..
ooops..lupe nk btau..aku bukan g ngajar sorg2 je..
ade geng..name dye mohd faris nafi..
dye ni dulu musuh ketat..
hahaha..
asal jumpe time tournament tkwndo je mst gaduh..
tp kitorg start baik-baik time form 3..
time tu jmpe kat tournament tkwndo mrsm semalaysia kat mrsm pontian..
awal2 tu gadoh jugak la..
gadoh mulut..
saling mengutuk mrsm..hahaha
tp lepas tu, alhamdulillah..
kitorg da jadi kawan baik..
skg ni lbey kurg tiap2 ari jugak la jumpe..
training tkwndo sekali..
dpt g pertandingan seni bela diri kebangsaan pn skali..
alhamdulillah..
aku g jeli tu ngan dye la..
ya Allah..perit nye Allah je yang tahu..
sampai dalam pkul 5 petang..solat asar jap..
pastu terus train budak2 tkwndo sampai pkul 6.30..
malam nye sambng lagi..fuh..
da abes sume tu, kitorg lepak kat sick bay..hi3..
lepak2..sembang2 sampai la pkul 4 pagi..lame gile..
pagi td dalam pkul 10 kitorg gerak balik kota bharu..
lepak2 n makan nasik sket pastu gerak gi kole krai plak..
ajar tkwndo macam biase n then balik kota bharu balik..
pastu faris tu anta aku balik umah kat tumpat ni..
esok kne ngaja kat mahaad tahfiz muhammadi kat pulai condong tp aku x g la kot..
penat sangat2..lgpn nk jaga nenek kesayangan ku lagi ni..
ngeh3..

Sunday, April 11, 2010

PAIN is everything..it isn't nothing!!!!!


ya Allah...
kalau inilah rasanya menyayangi seseorang,
memang inilah nikmat, dan ini jugalah ujian...
kalau inilah rasanya, aku mmg ingin menjauhkan diri..
seksanya....
perasaan aku ni, hanya Allah yg tahu..
betapa berderai nya..
betapa hancur nye..


hahahahaha....
FAUZUL ADZIIM...
kau da pn kalah dengan godaan dunia...
godaan syaitan...
bisikan nafsu....

down again.......

ya Allah..
kali ni aku mmg btul2 down..
aku memang xsangka...
betul2 xsangka...
betul2 xsangka...
aku da xnmpak pape da..
akui rase mata aku da bengkak..
hati aku pn da membengkak..
perasaan aku pn da membengkak..
knape boleh jadi macam ni..
ya Allah..tlg la aku..
aku da macam nk gila..
aku da jd mcm orang gila meroyan..
aku da xtahu nk buat ape..aku juz boleh doa je..
aku da kusut masai..
buntuuuu.......
aku xtahu nk buat ape...
aku xtahu nk buat ape...
aku xtau nk buat ape...






aku bingung.....


hati da pecah berderai....




mind colapses...





damaged eyes.....




broken heart...






completely out of my mind...





going crazy.....






what is me???





who am i??






ya Allah....bantu la hamba Mu yg lemah ni...

latest news...he3



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
segala puji bagi Mu,Tuhan pencipta alam..
tidak lupa juga selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad..



semalam...10 april 2010..
alhamdulillah..aku da boleh jadi ref tkwndo..
selepas penat berkursus..hahaha..
skg ni aku da boleh jd ref utk tournament tkwndo open ITF Kelantan..
dapat gaji lagi tu..hi3..tp xkesa sangat pasal gaji tu..aku juz nk ade
involvement dlm tkwndo je..da lame sangat da tertinggal..
pastu insyaAllah bulan 6 ni, aku jd wakil kelantan
dalam pertandingan seni bela diri kebangsaan kat ipoh..
tp kene korban sket la ngan latihan yang amat la seksa..hu3
kene jogging ntah bape km...
kne lawan betul2 same sndiri...
fuhh...mmg ade risiko utk patah gigi ni..
xkesa la..janji ade usaha utk harumkan name negeri.. =)
....................................................

ari ni agak bnyk yg aku dpt tgk....
biase la bile da jalan2 ni, mmg bnyk yg dpt tgk kan..
lepas abis kursus tkwndo tu smlm, aku jalan2 jap..nk tgk dunia kelantan yg da lame aku xtgk ni.
mmg da bnyk berubah..klu dlu aku tgk semacam kolot tp skg ni da makin membangun..
pembangunan semakin pesat..da ade bnyk bangunan besar-besar..,
tapi satu je yg masih xmembangun..
pemikiran dorg..
maksud aku bukan dari segi kemodenan dalam membangunkan negeri tp dari segi pemikiran mereka dalam membangunkan diri sendiri..
maksud nye???
hahahaha..masalah ni bukan ade di kelantan je malah seluruh malaysia...
tau ape masalah nye??
masalah utk menjaga kehormatan diri..
aku xtau la ni pengaruh dari mane..
barat atau timur??
ntah la..aku rase same je mane2 pn..
kenape?
sebab dua2 memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan rakyat malaysia..
contoh nye la..yg paling jelas..
pemakaian..mmg aku nk cakap pasal pemakaian pn..
ntah la..aku rase klu aku cakap pasal ni, mmg orang xkan amik pot..
dorg akan buat derk je..
xpe la.. aku luah kan je..so xde la terbuku dalam hati ni kan..
at least ade jugak org yang tgk..tu pun klu ade yg nak tgk la..hahaha..

bile aku sebut pasal pemakaian, aku rase korg sume mst da boleh agak ape yg aku nk cakap sebenar nye..
same je ngan post yg sebelum ni..

yang tua atau yang muda, semua sama..mereka sangat berani..
berani?
kenapa?
kerana mereka sanggup melanggar hukum Allah..
mereka menghalalkan yang haram..
ape?
mereka menghalalkan perngharaman membuka aurat kecuali pada suami dan ahli keluarga..
aku nk cakap tu je..nanti akan ulang points yang same je..


hari ni, 11 april 2010...
ya Allah..aku da buat keje gile..
aku telah melanggar janji aku sendiri...
aku sekali lagi telah mengganggu hidup sahabatku..
hahaha..ape nk jadi dengan aku ni..
perkara kecik macam tu pn aku xdapat nk berlaku jujur pada diri aku sendiri..
aku rasa bersalah sangat pada Mu dan sahabatku..
masih ada ke peluang aku nk jd mukmin yg berjaya??
sedangkan janji pada diri sendiri pn xdpt ditunaikan..
aku terlalu mengikut kata hati dan nafsu..
mesti ada kesilapan yang aku lakukan..
mungkin dalam solat aku..
mungkin solat ku tidak sempurna..
sedangkan solat boleh menjadi penegah aku melakukan kemungkaran..
aku patut mencari mana silapnya....

haishh...knape la aku masih kacau sahabat aku itu..
sedangkan aku da janji...
ya Allah...rapuh nya iman aku ni..
rapuh sangat2...
iman??
faith??
kenapa kau begitu rapuh...
mungkinkah sebab usaha aku tidak mencukupi??
fauzul adziim..kau memang lemah..
sangat lemah..
ujian yang sebesar zarah daripada Allah ini pn tidak mampu
kau nk hadapi..
macam mane kau nak hadapi ujian yg lebih besar di masa hadapan??
sedangkan hidup ini penuh dengan ujian..
mampukah kau fauzul adziim??


ya Allah...
ape dah jadi dengan aku ni??
keje nk nangis je...

Friday, April 9, 2010

kongsi-kongsi sket..



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
segala puji bagi Mu, Tuhan pencipta alam..
dan tidak lupa selawat ke atas junjungan Rasulullah..

kali ni aku nk kongsi sikit ape yg aku blaja kat surau td n sblm ni..
first, aku nk ckp pasal wudhuk..rasa-rasa nye korg da tau kot..
anggota wajib wudhuk...ape???hehehehe
(ni aku dgr kat tv..al kuliyyah)
1-muka
2-pergelangan tangan hingga siku
3-sebahagian kepala
4-kaki

korg tau ape hikmah nye anggota wudhuk ni??
daripada apa yg aku dgr td, agak menarik jugak..
ustaz tu buat kesimpulan daripada himpunan pendapat
para ulama..

kenape muka dibersihkan??
kerana muka(mata,hidung,mulut n etc) adalah permulaan ke arah maksiat..
mata melihat ke arah maksiat..hidung menghidu maksiat..
mulut berkata perkataan yg sia-sia..sebab itu muka di bersihkan..

kenapa lengan di bersihkan???
kerana dengan tangan, kita melakukan maksiat..
dengan tangan kita mencuri..
dengan tangan kita menyentuh yg haram disentuh..
contoh??
wanita yang halal dikahwini...
kerana itu la lengan perlu dibersihkan...

kenapa sebahagian kepala dibersihkan???
kerana kepala(otak@akal) adalah "mastermind" kepada segala perbuatan kita..
ape yg ingin kita lakukan..
ape yg ingin kite buat..
sbb itu la kepala dibersihkan..
utk mengelakkan perkara kotor menguasai akal fikiran..

kenapa kaki dibersihkan??
kerana dengan kaki kita melangkah ke tempat sarang maksiat...
dengan kaki kita mengelak utk solat berjemaah..
dengan kaki kita mengelak utk ke majlis ilmu...
dengan kaki kita melangkah utk bersosial...
sebab itu la kaki dibersihkan...

barangsiapa berwudhuk dengan sempurna, maka dosa2 nya akan mengalir keluar bersama wuduk nya...(rase nye ni hadith..tp lupe riwayat sape)

utk sempurna tu, jgn la amik yg wajib je...
yang sunat jgn dilupakan terus =)
................................

kat surau plak..
ustaz ni ade ckp pasal ciri2 org mukmin dan yahudi...
kenapa orang yahudi sangat kejam???
kerana pada pendapat mereka, Allah menghalalkan darah org yang menentang agama mereka..
walhal mereka telah mengubah ayat2 Allah utk keselesaan mereka..

"apabila diberikan amanah, mereka khianati"
itu lah yahudi..apabila meraka melakukan kekejaman terhadap penganut agama lain, mereka merasakan mereka menegakkan agama mereka yg palsu itu..sbb itu la mereka melepaskan bom fosforus tanpa belas kasihan...dan ingat la bahawa yahudi tidak akan berhenti sehingga kita mengikut agama mereka..dan apabila kiamat menghampiri, akan turun Nabi Isa utk membunuh semua kaum yahudi ini tanpa meninggalkan seorang baka pn..

mukmin pula..
ada termaktub di dalam Al-Quran..
surah Al muu'minun:ayat 1-11
ciri-ciri nya...
menunaikan solat dengan khusyuk..
meninggalkan perkara yang sia-sia...
menunaikan zakat..
menjaga kemaluannya..
menunaikan amanah yang diberikan..(berbeza dgn yahudi)
yang menjaga solatnya(pada awal waktu,berjemaah)..

aku rase xpayah hurai panjang kot tajuk ni..
sbb semua org da tahu..
juz nk tekan kan sket..perkara yang sia-sia...
ramai yg terkena dgn perkara ni..(perkara yang sia-sia)
xnk beritahu ape..
fikirlah sendiri(muhasabah diri)

menjaga kemaluan...kecuali drpd suami@isteri...
hurmmmm....xtau nk ckp ape...
da ramai yg tunjuk kemaluan dorg kat org ramai..
ni yamg aku nmpk la..terutamanya perempuan..(maaf tp kenyataan)
berpakaian tp bogel..
menutup aurat tp nampak segalanya...
pelik tp itu la kenyataan..
memakai pakaian tp menunjukkan anggota badan..
pakaian yg ketat..
singkat...
menarik perhatian...
manaikkan nafsu..
mereka seolah-olah memanggil kaum lawan utk menjamah dan menikmati tubuh mereka..
tp apabila diperlakukan "ehem-ehem", mereka menangis...
mereka trauma..mereka xrela..
memang kaum lelaki juga bersalah kerana xmenahan nafsu binatang mereka..
tp apakah yg "ignited" nafsu mereka???
fikirlah sendiri..
bukan benci tp kesian..
sebab apa yang mereka "tonjolkan" tu akan dibakar di neraka kelak..
sanggup ke kene bakar ngan api neraka??
sedang kan skg ni panas sket pn da merungut..
ingatlah bahawa tiada seksaan yg paling azab kecuali neraka Allah...
.......................................

hi3..sory la..
aku xpandai nk buat ayat yang berbunga-bunga..
xreti nk tulis post panjang..
xreti nk buat ayat2 yang touching yg bley buat org menangis..
nak tulis in english pn xreti..
xpandai sgt english ni..dlu time skola pn asyik dpt C je manjang..
bm pn kantoi..hahaha..
but this is me... =)
tp tu la yg aku mampu..
insyaAllah aku akan improve penulisan aku agar semua org selesa..
insyaAllah..
insyaAllah..

Thursday, April 8, 2010

aku ketinggalan =)



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
segala puji bagi Mu, Tuhan Pencipta Alam...


sejak kebelakangan ni, aku rase aku macam ketinggalan sangat2 berbanding dengan kawan2 aku yang lain.. jurang tu aku rase makin lame makin besar..makin jauh..
kawan2 aku yang laen semakin hari semakin dekat dengan Allah dan Rasulullah..
ilmu semakin bertambah di dada..semakin baik..tidak lagi seperti yang aku kenal dulu..
=) . baguslah..aku syukur..wlpn aku masih di belakang.tp xpe..aku akan berusaha utk menjadi hamba Mu yang beriman..

aku x tahu kenape tp aku rase jiwa aku kosong..macam ade benda yang aku tertinggal..
sesuatu yang penting..bermula pada titik perubahan hidup aku hari tu, aku rase tenang, rase makin dekat dengan Allah, tp bukan sepenuhnya...aku xtahu ape yg xckup..
bile aku ngaja tkwndo, aku rase ade yg xkena.tp aku buat2 xtahu..klu x, aku xdapat all out time mengajar anak murid aku..x elok..nanti xberkat aku buat kerja..sedangkan kerja juga merupakan satu ibadah..so kena la ikhlas dan buat sepenuh hati..=)


aku x tahu..aku bingung...dilema..
mungkin aku memikirkan tentang perkara lampau..entah la..aku sendiri pn xpasti..
sekarang ni aku cuba sibukkan diri dengan kerja lagi kuat..aku terima tawaran demi tawaran..sudah banyak sekolah yang aku ajar sekarang..dan semakin ramai sahabat yg aku kenal..tapi kekosongan xpernah terisi..
biarlah..mungkin masa akan mengisinya..insyaAllah.. =) aku yakin pada kekuasaan Mu ya Allah..Kau saja yg boleh menolong aku ini..

kalau sebelum ni aku was-was utk ke al-azhar, sekarang aku sudah yakin sepenuhnya..
hanya tinggal beberapa bulan je lagi..tp aku masih xbuat apa2 persediaan lagi.hi3..
xkesa la..there's still time rite..sbb bnyk keje skg ni..

orang selalu cakap same je belajar kat mane2 pn..tp bagi aku tak..
suasana itu penting..(terpulang la pada pendapat masing2 ye..^__^)
dan aku pn da tetapkan impian aku buat mase terdekat ni..alang2 aku da nk g mesir, aku ingin tunaikan umrah..
mungkin semua org fikir "alaaa...ko budak lagi..watpe nk rushing2 kan.."
tp bg aku x..ntah kenapa aku jd teringin sangat nk g sane skg ni..mungkin aku takut..takut aku xsempat ke rumah suci Allah itu..takut xsempat ke Masjid Nabawi..takut xsempat ke makam Baginda..aku takut..
ntah la..skg ni aku rase yg aku ni da xlame..aku rase mase utk aku pergi ni da dekat..biar la..


"setiap yang hidup pasti akan merasai mati@every soul shall have a taste of death "(Ali Imran:185)


tp kalau aku pergi, aku sangat berharap dapat bersama Rasulullah..sebelum ni aku hanya tahu kisah hidup rasulullah melalui buku2 je..aku hanya mendapat gambaran wajah rasulullah..tp aku sangat2 ingin bersemuka dengan Baginda..wlpn itu hanya impian semata-mata..hi3..mungkin ni la kekosongan jiwa aku..ianya bukan kekosongan tapi ketakutan...takut xdpt berjumpa dengan Allah dan kekasih Nya..
sbb itu lah aku menyimpan tekad..aku akan ke rumah suci Allah..mungkin xdpt melakukan ibadah haji..tp umrah sudah mencukupi utk aku skg ni..akan aku guna duit gaji aku skg ni sebagai perbelanjaan ke sane..anything else can wait..laptop,camera,handphone..biar la semua itu..

dan tuhanku, Allah Yang Maha Berkuasa...
jika Kau ingin matikan aku,
matikan la aku dalam keadaan beriman kepada Mu...
.................................................

kepada sahabatku, aku sangat berterima kasih kepada mu kerana
telah menyedarkan aku ini...dan aku juga minta maaf atas kesalahan aku..
wlpn aku tahu kamu tidak akan tgk page aku ni lagi..=)
hahahaha...fauzul adziim..kau sungguh kelakar..

Wednesday, April 7, 2010

Allah Maha Mengetahui



di dunia ini Allah merupakan perancang segala-gala nya..
perancang yg terbaik..wlpn kita telah merancang rapi perancangan kita, tp tanpa
izin Allah, tidak akan terlaksana rancangan itu...

aku juga telah melalui perkara itu..
hi3..hari ni aku igt nk g mengajar taekwon do kat skola mahaad tahfiz pulai condong..
plan sptt nye nk stat kelas tkwndo pkul 5.30 ptg..dan ari ni plak dpt gaji..
tibe2 kawan kol, kelas nk stat pkul 3 lebey..hahaha..melepas la plak..xkesa la..
ade hikmah..aku yakin.. =)

so kat sni, kite dpt tgk..wlpn da rancang keje pape pn, if Allah xbg, mmg xkn jadi..
tp ingat, segala yang Allah lakukan rancang adalah yang terbaik.
kite kne redha dan muhasabah diri..ape silap kita???
apa yg telah kita lakukan hingga Allah xbenar kan rancangan kita dilaksanakan..
dlu slalu dgr kat mktb, wlpn sesuatu perkara itu telah tertulis di Luh Mahfuz,
tetapi jika kita melakukan sesuatu yg dimurkai Nya, tidak mustahil Allah akan memadamkan nya...

p/s: gambar tu mcm xsesuai plak kan ngan post ni..hi3

dugaan??kekasih baru??


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
ari ni 6 April 2010....
pkul 12 tgh hari....
aku menaiki bus utk ke tempat kerja..aku tggu satu jam baru dpt bus..
fuh..menunggu ni mmg satu kerja yg berat..masa aku da nak balik umah, baru la bus sampai..sesungguhnya sabar itu sebahagian drpd iman...=)

aku bergerak ke mrsm kuala krai..aku da xsabar nk jmpe anak murid@anak buah@member kat sane..hi3..sesi tkwndo kali mmg sgt penat..aku kne buat patterns n sparring..hhaha.da lame xbuat sume tu..drpd pkul 4 ptg sampy la pkul 6.30 ptg aku ngajar..
agak penat...bukan..mmg sgt penat..hu3..tp ok la..puas hati..dan aku mmg all out ngajar dorg sume..if ajar cincai2, xberkat plak upah yg aku dpt tu kan..

time nk balik plak, ya Allah..mmg betul la..Allah akn bg kita ujian dan dugaan xkire masa dan tempat..kita sebagai hamba Nya hendaklah sentiasa bersedia utk menghadapi nya...tgh2 syok bawak moto, tiba2 plak tayar pancit...tgh malam dan di jalan yg hening..fuh...mmg cuak..tp alhamdulillah..Allah xkn biar kan umat menanggung ujian yg tidak mampu ditanggung...kan2?? =)
ade org yg sanggup tlg kitorg..syukur kpd Mu ya Allah..da la tlg repair moto balik, dorg bagi minum air plak tu..mmg rezeki di malam hari..

.....................................................

hari ini aku telah menyedari sesuatu..hati aku ini kekurangan sesuatu..
hati kurang cinta kepada Allah dan Rasulullah..semasa aku berada di dalam bus hari ini, aku termenung sejenak..tiba-tiba terfikir.."layakkah aku ke syurga MU ya Allah?"
"layakkah aku utk memandang wajah Mu ya Allah di hari pembangkitan nanti?"
"adakah aku ni layak untuk dikira sebagai ummat nabi Muhammad?" dan "layakkah aku utk bersama mu ya rasulullah di syurga nanti?"

aku menangis di dalam bas itu.. penumpang lain memandang aku dengan pandangan yang pelik..tp aku tak kisah..ya Allah..tiba2 sahaja aku teringin berjumpa dengan rasulullah.. tiba2 perasaan aku terhadap rasulullah menjadi begitu mendalam..
begitu juga dengan Allah..rasa sayang ku secara tiba2 menjadi menimbun..sehingga mengalir air mata..bukan takut tetapi sayang kan Allah dan kekasih Nya rasulullah..
alangkah indah nya jika dpt bertemu mereka dgn mata ku sendiri..

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

nasyid daripada Hijjaz: kekasih Allah...

"selagi upaya ku turuti ajaran nya"
insyaAllah..aku akan mencuba sedaya upaya utk mengikuti ajaran mu ya
rasulullah...aku akan mencuba sedaya upaya utk menuruti agama Mu ya Allah..
sesungguh nya aku hanyalah hamba Mu yg hina...
yang berdosa.....

namun
"nantikan daku di taman syurga"
adalah sesuatu yang aku takuti....
aku takut aku tidak akan masuk syurga Mu ya Allah...
terlalu banyak dosa ku ya Allah..
bantu la aku utk hidup di dunia Mu ini..
aku hanya insan yang lemah..
tidak layak ke syurga Mu namun tidak sanggup utk aku ke neraka Mu..
seksa neraka Mu amat lah pedih..
aku tidak sanggup...
tetapi aku juga takut aku tidak dpt menahan godaan dunia Mu ini ya Allah..
oleh itu, bantulah aku ini..yang lemah, hina...wahai Tuhan ku...
pada Mu aku menyatakan cintaku.......

Tuesday, April 6, 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....
segala puji bagi Mu, tuhan pencipta seluruh alam..
dan tidak lupa selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad,kekasih Mu ya Allah...
sesungguhnya aku merupakan hamba Mu yg hina..
selalu melakukan dosa kepada Mu..
melanggar larangan Mu..
meninggalkan suruhan Mu..
ya Allah..berikan la aku kekuatan....
aku tahu aku telah banyak melakukan dosa terhadap Mu..
aku tahu aku telah menarik seseorang bersamaku utk berdosa...
tp hal ini berlaku di luar kemahuannya ya Allah..
ampunilah saudaraku Ya Allah..
sesungguhnya dia wanita yg terbaik yg pernah aku kenal..
makbulkan la doa nya utk mencapai halawatul iman..
sesungguhnya dia ingin mendekatkan diri kepada Mu..

Ya Allah....
sungguh hebat sekali pencaturan Mu..
dan aku syukur Kau telah temukan aku dengannya..
tp sayang nya, perasaan yang aku rasa sekarang
adalah bukan pada waktu yg sesuai..
tp itulah perancangan Mu ya Allah..
aku pasti ada hikmah disebalik pertemuan itu..
aku pasti ada hikmah disebalik perpisahan itu ya Allah..
aku mohon pada Mu ya Allah...
sekiranya aku penghalang buat diri nya utk mencapai
kemanisan iman ,
hilangkan la diri ku drpd pandangan nya....
hanya pada Mu aku memohon...
ya Allah, semoga air mata yg aku tangisi selama ini
mendapat balasan yg setimpal..


sesungguhnya aku merupakan hamba Allah yg berdosa.....
ya Allah, bantulah aku....

Monday, April 5, 2010

sebelum atau selepas???



Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

.............................................

jadi, yang manakah pilihan anda?
sebelum atau selepas?
apa sahaja pilihan anda,
letakkanlah rasa sayang kepada Allah
di hati..nescaya anda tidak akan jauh
daripada Nya...
insyaAllah...

Makanan dalam Islam


Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: Ayat 168)

Makanan halal ialah makanan yang baik untuk kesihatan jasmani dan rohani menurut Islam. Makanan haram pula ialah makanan yang tidak baik untuk kesihatan jasmani dan rohani.

Agama Islam telah menentukan garis panduan berhubung dengan makanan yang halal dan yang haram adalah untuk menjamin kesejahteraan rohani, jasmani dan akal. Antara hikmah memilih makanan yang halal ialah

Hikmah Makanan Yang Halal

* Mendapat hidayah daripada Allah

* Mudah menerima pelajaran

* Sihat jasmani, bersih rohani dan cerdas akal

* Diredai oleh Allah

* Doa diterima

* Khusyuk beribadat

Amalkan Mengambil Makanan Seimbang

Individu perlu mengambil makanan seimbang setiap hari. Makanan seimbang baik untuk kesihatan badan. Firman Allah S.W.T.

Wahai orang yang beriman makanlah benda-benda yang baik yang telah kami kurniakan kepada kamu..... (surah Al-Baqarah: Ayat 127)

Islam menyarankan supaya kita mengambil makanan sekadar yang perlu. Islam melarang mengambil makanan yang terlalu banyak dan membazir. Mengunakan sesuatu dengan berlebih-lebihan sehingga terbuang contohnya memasuk makanan yang terlalu banyak sehingga tidak habis dimakan dan tidak diberikan kepada orang lain akhirnya rosak dan dibuang. Islam juga melarang kita mengambil makan secara berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Tips Menyihatkan Badan

Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.

Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan

Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.

Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.

perkara kecil tetapi besar???


"eh,nape ko buang sampah kat sni wey?", tanya si polan kepada sahabatnya..
sahabatnya menjawab, "ahh..xkesa la..bukan dosa besau pn"..
di sini kita dapat lihat bahawa masyarakat kita hanya memandang remeh perkara seperti i ni..mereka menganggapnya hanya sebagai dosa kecil..tidakkah mereka tahu bahawa dosa kecil itu sebenarnya kecil tetapi sangat besar...


Adapun dosa-dosa kecil, ia adalah dosa-dosa di bawah tahap atau batasan dosa-dosa besar. Contoh dosa kecil ialah; melihat kepada bukan mahram, suka berbalah atau bertengkar, kencing atau berak dengan mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya, bercakap di dalam masjid dengan perkara-perkara dunia semata-mata dan sebagainya.

Namun harus diingat bahawa walaupun dinamakan dosa kecil, tetapi ia bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah atau remeh kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

إِيَّاْكُمْ وَ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوْبِ فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ
“Awasilah kamu sekelian dari dosa-dosa yang kecil/remeh. Sesungguhnya ia akan berkumpul pada diri seseorang sehingga akan memusnahkannya (dengan menjatuhkannya ke dalam dosa besar)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)[3]

Malah dosa kecil dalam keadaan-keadaan tertentu akan berpindah menjadi dosa besar. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin telah menjelaskan enam sebab suatu dosa kecil akan berubah menjadi dosa besar, iaitu;[4]
1.Berterus-terusan melakukannnya
2.Memandang remeh terhadap dosa yang dilakukan
3.Gembira, bangga dan seronok apabila dapat melakukan dosa sehingga ia merasakan bahawa ia dapat melakukan dosa itu merupakan suatu nikmat. Ia lupa bahawa dosa adalah penyebab kepada kecelakaan.
4.Memandang remeh apabila Allah menutup dosanya dan menangguhkan pembalasan terhadapnya.
5.Melakukan dosa dan kemudian menyebut-nyebutnya di hadapan orang lain, atau melakukan dosa berterang-terangan di hadapan orang lain tanpa rasa malu sedikitpun.
6.Orang yang melakukan dosa kecil itu adalah orang alim.

Wallahu A’lam.

oleh itu, kita hendaklah mengelak daripada melakukan kesalahan walaupun hanya sebesar zarah sekali pun..memang manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan..
bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan..di sini la kita perlu ingat bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun.. Allah sangat menyayangi hamba-hamba Nya, Allah akan mengampuni segala dosa hamba-hamba Nya kecuali dosa-dosa yang tertentu sahaja..Allah juga menerima taubat hamba Nya tidak kira siang atau malam sehingga terbitnya matahari daripada arah barat..ketika itu,Allah tidak akan menerima sebarang taubat daripada hambaNya seperti yang telah di janji kan di dalam Al-Quran.

dan ini adalah ayat yang saye rase sesuai dengan post kali ni..
orang selalu mengatakan "Buang yang keruh dan ambil yang jernih"
tp saye beranggapan ayat itu sudah tidak sesuai digunakan pada masa kini..
hidup kita ini ibarat air yg keruh kerana sudah terlalu banyak dosa kita lakukan terhadap Allah yang Maha Esa..dan sebagai mana yang kita tahu, zaman kini terdapat pelbagai penapis air yang canggih dan bermacam-macam jenama..begitu banyak pilihan yang boleh di buat utk menjernihkan air itu kembali.. demikian juga dengan diri kita..terdapat banyak jalan untuk membersihkan diri kita daripada dosa dan godaan syaitan bagi mendekatkan diri kepada Allah.

apakah cara nya???

anda fikirlah sendiri...
anda carilah apakah kesilapan diri anda...
muhasabah diri anda...
berdampinglah dengan rakan yg berilmu agar mereka boleh membimbing anda ke arah kebenaran...
dan ingatlah, daripada Allah kita datang,
dan kepadaNya jugalah kita akan kembali...


wassalam...

mimpi atau impian??




hari ini dalam kebosanan...
xtau nk buat ape..
kalau ditanya orang ramai tentang cuti,
ramai je yang jawab, "nak@mestilah@konpem".
ade banyak lagi la jawapan..lain orang lain jawapan..
tapi yang pasti jawapannya "YA" kerana mereka menginginkan cuti..
aku apatah lagi...

cuti kali ni memang banyak mengubah aku..
cuti kali ni, Allah gerakkan hati utk mendekati Islam
kembali setelah sekian lama aku menjauhinya..
hari inii, aku tergerak hati utk pergi ke surau yg terletak
500 meter dari rumah aku..yang lagi dekat ade tapi tengah renovate(betul ke aku eja ni..hi3). semasa aku jalan menuju ke surau utk solat maghrib, aku melihat masih ramai anak muda yang berkeliaran.."xde keje ke dorg ni..dah maghrib pn xsedar nak balik umah nk solat ke?" aku ckp dalam hati je la kan..hi3. da sampai di surau tu memang tepat pada masa nya..aku sampai masa tengah iqamat..alhamdulillah aku dapat saf pertama..tapi agak sedih sebab hanya orang tua saje yang ada..mungkin yg muda ade kerje kot..hanya Allah yang tahu..

masa nak angkat takbir, tiba2 aku menangis. Ya Allah, da lame sangat aku tinggalkan solat berjemaah. nasib baik xkeluar bunyi..hi3. lagi banyak air mata keluar bila makmum mengaminkan bacaan Al-Fatihah.. ya Allah..indah nya berjemaah..
aku sebak.. dah terlalu lame aku tinggalkan solat berjemaah..aku sangat iri hati dengan penghuni yang tinggal dekat dengan surau tu..begitu dekat sekali..tp sayang nya hanya sedikit saja yang hadir..mungkin mereka ada kerja..hanya Allah yg tahu..

lepas solat maghrib, ade ceramah agama. penceramah menceritakan mengenai pengurusan jenazah. klu nk diikutkan, aku lebih suka ceramah di surau yg diberikan oleh tuk guru drpd guru2..mungkin aku je kot yg rase cmtu sbb guru terlalu mengikut protokol dan menjadikan proses penerimaan bosan..bukan semua guru tp hanya sesetengah..
dalam memberikan info mengenai pengurusan jenazah, diselitkan sekali mengenai ilmu2 yg berguna..sirah nabi,pengalaman,hadith,jenis ulama yg ade dan bnyk lagi..menyesal plak xbawak buku td..hishhh..laen kali aku akan catat..aku rase ilmu2 cmtu kite xkn dpt di sekolah..

sepanjang ceramah tu, beliau ade sebut mengenai haji,mekah,masjidil haram...
tibe2 aku teringin utk ke sana. aku ingin ke makam rasulullah..aku ingin ke tempat semua muslim dari seluruh dunia berkumpul.. sekali lagi aku menangis.. aku menjadi takut apabila diceritakan ade yg xsempat menunaikan haji wlpn berkemampuan.. aku takut aku akan tergolong dalam golongan yg same..ya Allah, tunaikan la permintaan aku utk ke rumah Mu itu.. aku juga teringin utk ke sana pada bulan puasa..utk solat terawikh di sana..alangkah indah nya ya Allah..solat bersama jutaan umat islam..
tp adakah aku berpeluang??hanya Allah yang tahu..dan aku juga akan berusaha..

selepas ceramah tu, solat isya' dan pulang ke rumah..mase jalan balik ke rumah, aku terkenangkan diri aku yang dlu..pada masa2 begini, aku keluar tengok wayang, salah satu tempat si syaitan dan iblis berkumpul.di dalam nya berkumpul orang yang melakukan maksiat( macam yang aku tulis dalam post "wayang??").aku juga bergaul bebas tak kira lelaki atau perempuan.. aku tengok langit malam yg terbentang luas. Ya Allah,indah nya ciptaan Mu.tiada makhluk yg mampu tandingi Mu. aku menjadi sebak dan titisan jernih terlepas dari mata aku. Allah itu Maha Berkuasa, aku tahu..tp aku masih sanggup melanggar larangan Nya..ampunkan aku wahai Tuhanku..

sekian..

Sunday, April 4, 2010

wayang????

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
............

xde la nk cakap tgk wayang tu haram atau halal...
aku pn lame cari pasal ni..dlu aku ade dgr sape yg masuk panggung, amalan dye xkn diterima selama 40 hari..time tu aku fikir, aku xjmpe dalil lagi yg kate mcm tu(tp if korg tau pape,btau ea.)..so aku layan je la wayang smpy skg ni..
tp td b4 solat jumaat, tibe2 tergerak hati nk cari info pasal tgk wayang ni..

info yg aku dpt tu from Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ...
drpd info beliau, sah tgk wayang itu dibenarkan mengikut syarat2 yg tertentu..
tp klu korg perhatikan la, isi wayang skg ni agak terpesong...tu pendapat aku la..
xde la sume..tp juz sket je yg mempunyai akidah islam yg btol..tu aku rase korg boley pk sndri kot..

lagi satu...aku ade tgk kat thread dlm iluvislam...
antara sebab ke arah pengharaman wayang adalah
1-jenis cerita yg ditayangkan..
2-kedudukan yg bercampur..

aku nk tekan kan pasal point kedua..
wlpn kite tgk cerita yang berkisarkan tentang perkara yg x bertentangan dgn ajaran Islam sekali pn, klu kedudukan kita di dalam wayang itu bercampur dan bersebelahan dgn bukan mahram..so xpelik la klu wayang itu haram...
lagipn kita tahu.."Janganlah kamu menghampiri zina"

sepanjang pengalaman saye masuk cinema ni, rase nye xpenah lg tgk kedudukan penonton kat dlm tu dipisahkan(lelaki dan wanita)..tp bercampur2..

mungkin kita di dalam xde buat perkara yg xelok..
kita x duduk sebelah yg bukan mahram..
kita xtgk cerita yg bertentangan dgn ajaran islam..
tp jika kita ade skali dgn golongan tersebut(golongan yg berkelakuan buruk),
kite jgk dikira bersubahat...
so jauhkan la diri anda drpn perkara yg bertentangan dgn ajaran Islam utk mengelakkan kemurkaan Allah...
mungkin anda xberani menegur, jd jauhkan la diri anda drpd melakukan perkara tersebut..sesungguhnya membenci dgn hati adalah selemah2 iman...


wallahuallam...
p/s :btol kan jika ada info yg salah...mungkin ana ade terlepas pandang...
terima kasih.. =)

Saturday, April 3, 2010

Forgive Me When I'm Whine

Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

sakit..


hari ni dalam sejarah...hi3
after for a long time, akhir nye aku mendapat
satu ayat yg menenangkan jiwa aku..
bukan bermaksud aku xtenang selepas mendekatkan diri
kepada Allah tp ni tenang laen..he3..
alhamdulillah...terus aku sujud syukur...
bukan ape, da lame da x dgr khabar berita..
mst la excited kan..hi3..
xpe la..aku akan terus kan usaha aku..
kene keje keras ni..

ari ni aku dpt satu ujian drpd Allah..
Ya Allah..sakit nye perut aku ari ni..
ntah bape kali aku ulang alik masuk jamban..hi3..
xpe..layan je la..at least dpt bersihhkan badan drpd
benda yg xpatut kan..think positive.. =)
mlm nye, fuh...penat..
lepas solat maghrib, bace quran jap...habes je, trus gelap
dunia..xsedar pn aku da tertido..bgn2 je da pkul 9 lebih..
ape lagi, dgn gelabah nye aku terus g bilik air amik wudhu..
solat isya'..tp aku rase mcm x khusyuk la..fikiran melayang je aku rase..
myb sebab baru bgn kot..ntah la..
len kali, aku akan pastikan utk xkn ulang lagi kesilapan yg same..
insyaAllah..
...................

kadang2 Allah berikan petunjuk tanpa kita sedar..
ni juz ape yg aku ok je la..
aku sakit perut..mungkin sebab aku makan ntah pape..
makan bnyk ke ape kan..
ulang alik g jamban..
pastu terlewat solat..
da la lewat, x khusyuk lagi tu..
makne nye kat sni, Allah nk bgtau aku
supaye jgn makan sembarangan lagi..juz sekadar yg cukup
utk buat kerja seharian..dan pilih la makanan yang
baik2 saje..

wallahuallam...

Friday, April 2, 2010

wayang????


“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
............

xde la nk cakap tgk wayang tu haram atau halal...
aku pn lame cari pasal ni..dlu aku ade dgr sape yg masuk panggung, amalan dye xkn diterima selama 40 hari..time tu aku fikir, aku xjmpe dalil lagi yg kate mcm tu(tp if korg tau pape,btau ea.)..so aku layan je la wayang smpy skg ni..
tp td b4 solat jumaat, tibe2 tergerak hati nk cari info pasal tgk wayang ni..

info yg aku dpt tu from Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ...
drpd info beliau, sah tgk wayang itu dibenarkan mengikut syarat2 yg tertentu..
tp klu korg perhatikan la, isi wayang skg ni agak terpesong...tu pendapat aku la..
xde la sume..tp juz sket je yg mempunyai akidah islam yg btol..tu aku rase korg boley pk sndri kot..

lagi satu...aku ade tgk kat thread dlm iluvislam...
antara sebab ke arah pengharaman wayang adalah
1-jenis cerita yg ditayangkan..
2-kedudukan yg bercampur..

aku nk tekan kan pasal point kedua..
wlpn kite tgk cerita yang berkisarkan tentang perkara yg x bertentangan dgn ajaran Islam sekali pn, klu kedudukan kita di dalam wayang itu bercampur dan bersebelahan dgn bukan mahram..so xpelik la klu wayang itu haram...
lagipn kita tahu.."Janganlah kamu menghampiri zina"

sepanjang pengalaman saye masuk cinema ni, rase nye xpenah lg tgk kedudukan penonton kat dlm tu dipisahkan(lelaki dan wanita)..tp bercampur2..

mungkin kita di dalam xde buat perkara yg xelok..
kita x duduk sebelah yg bukan mahram..
kita xtgk cerita yg bertentangan dgn ajaran islam..
tp jika kita ade skali dgn golongan tersebut(golongan yg berkelakuan buruk),
kite jgk dikira bersubahat...
so jauhkan la diri anda drpn perkara yg bertentangan dgn ajaran Islam utk mengelakkan kemurkaan Allah...
mungkin anda xberani menegur, jd jauhkan la diri anda drpd melakukan perkara tersebut..sesungguhnya membenci dgn hati adalah selemah2 iman...


wallahuallam...
p/s :btol kan jika ada info yg salah...mungkin ana ade terlepas pandang...
terima kasih.. =)

ya Allah..bantu la aku..

ingatkan da ok tp rupenye blom..hi3..
tp xpe la..
hi3...skg ni klu jmpe dye, aku da xtau nk buat muke mcm mane..
if nk kontek pn, xtau nk stat cne..
so let it be..
tu la yg sepatutnye kan.. =)

xkesa la...
ari ni aku bgn lambat..terlepas utk g training taekwon do..
tp da solat subuh la ea..juz tertido je..
alahai rugi nye..
and btw, aku dpt offer keje utk ngaja taekwondo
kat sbuah skola(slain mrsm k.krai)..
gaji pn masyuk..rm 4000 sebulan..fuh..mane nk dpt tu..
rm 4000.. tu xckup utk senang kan hati aku ni..
ntah la..bia la..hi3..

haaaa..skg ni aku da rajin sket..
aku sapu rumah, basuh baju, basuh pinggan mangkuk,
buang sampah,kemas umah n so on..
aku pn da rajin wat solat sunat..dulu lepas kuar tgb, aku da jarang buat..
al-quran,da makin dekat ngan aku..aku target habes kan 100 ayat satu hari..
mungkin tu nampak sket, tp insyaAllah aku akan "up" kan lagi..dan yg penting istiqamah... =)

and lagi satu...ade satu soalan bermain dlm kepala aku ni..
dlu kite kehilangan seorg pejuang islam,
Allahyarham ustz Asri. tp kehilangan nya mcm x dirasai oleh
masyarakat kita..
tp bila artis terlibat dengan sesuatu, terus menjadi buah mulut
buat jangka masa yg lame..
bukan nk menghina artis tu tp nk tekankan pemikiran rakyat malaysia..
dan mungkin jugak masyarakat dunia mutakhir ini..

semoga Allah membantu hamba Nya yg hina ini..
insyaAllah......

sekian...